[VIDEO] Jadi pengganti Tyzo, Chiwan Chilok sedia dikecam


  • Hiburan
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Chiwan Chilok akan menggantikan Tyzo dalam Segmen Petang Suria.

PELAWAK, Chiwan Chilok bersedia penuh untuk menghadapi kecaman daripada sesetengah pihak susulan bakal menjadi pengganti Tyzo dalam Segmen Suria Petang bagi 2024.

"Chiwan dalam industri sudah lebih 10 tahun sejak bergelar pelawak lagi.

"Chiwan sudah biasa kene kritik di media sosial, kalau dulu mungkin terasa tapi sekarang sudah boleh hadap. Sebagai manusia, kita balas dengan terbaik," katanya.

Chiwan turut meluahkan rasa syukurnya terpilih untuk berganding bersama Rara menerusi segmen Suria Petang dari pukul 3 petang hingga 7 petang.

Meskipun berganding buat pertama kali sebagai penyampai radio, Chiwan berpendapat dia sudah memiliki keserasian bersama Rara sejak Maharaja Lawak Mega (MLM) lagi.

Malah, Chiwan menyifatkan Rara atau nama sebenar Sharifah Sahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired sebagai tunjang utama dalam kerjayanya.

BACA LAGI: Suria FM buat kejutan, Fizz Fairuz antara 3 penyampai baharu gantikan Tyzo

download

Chiwon berencana untuk melangsungkan pernikahan pada tahun ini.

"Kak Rara sangat memudahkan kerja saya sebab dia seorang yang memberi, saya cakap sikit sahaja terus dia mampu sambung ayat dengan lawaknya," katanya.

Chiwan turut menjelaskan isu perkahwinannya yang seharusnya berlangsung pada Ogos lalu tetapi ditunda kerana komitmen pekerjaan.

"Perancangan untuk berkahwin saya akan teruskan tahun ini, sebab semua persediaan sudah dibuat.. Hanya tarikh yang belum ada lagi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram