PARA pencinta alam kebiasannya terdiri daripada mereka yang meminati sukan ekstrem seperti mendaki gunung, berkhemah dan jungle trekking.
Aktiviti seperti ini sememangnya mampu memberi kepuasan yang hanya dapat difahami oleh mereka yang melaluinya.
Bukan lagi rahsia bahawa penggemar aktiviti luar seperti ini sanggup meredah bahaya dan rintangan demi memperoleh kenikmatan yang tidak dapat dilupakan.
Namun, seseorang juga perlulah lebih berhati-hati semasa menjalankan aktiviti luar terutamanya ketika berada di kawasan hutan.
Ini kerana, wujud pelbagai jenis haiwan yang berbahaya malah berbisa yang sekian lama menjadi penghuni di kawasan yang diredahi.
Sebagai contoh, ular merupakan salah satu daripada jenis haiwan yang perlu kita jauhi kerana patukannya mungkin boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
Tetapi selama ini, ramai yang 'terpedaya' dengan cara rawatan yang selalunya dipamerkan dalam adegan filem Hollywood untuk merawat mangsa patukan ular.
Adegan paling popular adalah 'hero' menghisap atau menyedut bisa dari luka patukan ular, kononnya sebagai cara mengeluarkan bahan toksin reptilia itu.
Paling popular, aksi mengikat tubuh atau anggota badan tertentu dengan dakyah bisa ular tidak akan merebak ke bahagian lain.
Ternyata semua itu dusta semata-mata! Jadi apa cara rawatan yang sebenar dan langkah awal yang perlu diambil jika kita dipatuk ular atau mahu membantu mangsa patukan ular?
BACA LAGI: Mufti Pulau Pinang mohon maaf bukan kerana salah, tapi kerana adab dalam Islam — Mufti Kelantan
Langkah pencegahan patukan ular perlulah diambil bagi mengelak kecederaan menjadi serius.
Terdapat pelbagai langkah yang perlu dilakukan seseorang sekiranya dipatuk ular berbisa:
1. Meneliti warna dan corak pada ular
Mengenal pasti warna dan corak pada ular sangat penting supaya pakar perubatan mungkin boleh merawat anda dengan lebih baik.
2. Jangan panik dan duduk diam untuk melambatkan penyebaran racun
Memang benar bahawa langkah ini amat sukar dilakukan namun pergerakan yang minimum mampu memperlahankan bisa yang masuk dalam tubuh badan anda.
Ini kerana bisa daripada ular itu tidak akan terus masuk ke dalam tubuh badan sebaliknya melalui sistem limfa terlebih dahulu iaitu cecair yang mengandungi sel darah putih.
BACA LAGI: Bakal bergelar ibu? Fahami ilmu penyusuan ibu mengikut pakar perubatan
Sesetengah filem menggambarkan bahawa dengan menyedut racun daripada gigitan mampu merawat patukan ular.
3. Jangan menyedut racun dari gigitan
Adegan di dalam televisyen selama ini adalah kurang tepat kerana perbuatan itu hanya akan mendatangkan mudarat berbanding manfaat.
Selain itu, jangan sesekali basuh kawasan yang digigit kerana perbuatan itu akan membuat sisa bisa pada permukaan kulit itu hilang.
Ia adalah sesuatu yang tidak bagus kerana pakar di hospital kelak tidak dapat menentukan jenis dan antidot yang perlu diberi kepada anda.
4. Jangan meletak ais atau sebarang ubat dan bahan kimia
Meletakkan ais pada gigitan ular untuk menyelamatkan nyawa adalah fahaman yang salah.
Tandakan tepi gigitan dapat memudahkan pakar perubatan untuk mengenalpasti bisa ular.
5. Tandakan tepi gigitan dengan penanda dan tulis masa anda digigit.
Dengan cara menulis pada bahagian gigitan dapat memudahkan pakar perubatan mengenalpasti tempat patukan ular. Selain itu, tanggalkan sebarang pakaian atau barang kemas yang ketat berhampiran bahagian gigitan untuk membenarkan bengkak
6. Dapatkan bantuan kecemasan
999 adalah nombor utama yang seseorang perlu hubungi selepas sahaja sedar sedang atau telah dipatuk ular berbisa.
Ini adalah sangat penting untuk seseorang memperoleh bantuan kecemasan tidak kira sama ada ular itu adalah berbisa, tidak atau kurang berbisa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram