Bakal bergelar ibu? Fahami ilmu penyusuan ibu mengikut pakar perubatan


  • Sihat
  • Khamis, 25 Jan 2024

Seorang wanita yang bakal bergelar ibu perlulah memahami teknik pengurusan bayi. — Gambar Hiasan

RATA-RATA ibu terutama wanita yang melahirkan anak sulung masih lagi keliru tentang cara pengurusan bayi mereka dengan benar terutama dari sudut ilmu penyusuan.

Menurut pegawai perubatan, Dr Atiqah Shazwani Ahad, 30, seorang ibu yang baru melahirkan anak khususnya anak pertama perlulah lebih menjaga kesihatan mental, fizikal dan emosi kerana perkara tersebut boleh mempengaruhi penghasilan susu.

"Kita galakkan seorang ibu tetap cuba menyusukan dalam kes seorang ibu tidak dapat keluarkan susu kerana dengan cara itu akan bagi rangsangan untuk penghasilan susu.

"Lagi banyak bayi sedut lagi banyak susu yg akan dihasilkan. Jadi kita memang sarankan ibu-ibu yang anak pertama kena bersabar," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: RX-Z kembali diminati, 3 fakta 'padam' impian ramai miliki motor lejen

2.2

Para ibu perlulah mengetahui tempoh masa yang tepat untuk menyusukan bayi. — Gambar Hiasan

Dr Atiqah turut berkongsi waktu yang sesuai untuk para ibu memberi penyusuan kepada bayi mereka.

"Kekerapan seorang ibu untuk beri susu kepada bayi mereka adalah setiap dua jam.

'Tetapi kalau susu badan, bagi sahaja susu tu, nanti kalau bayi sudah kenyang mereka akan berhenti sendiri dan terus tidur," katanya.

Mengulas lanjut, Atiqah Shazwani turut berkata, sememangnya pihak hospital akan menyediakan susu mengikut keperluan bayi itu sendiri selepas ditimbang berat badannya.

"Kekerapan beri susu pula akan diberikan dalam sehari setiap dua jam hingga empat jam mengikut keadaan bayi dan keperluan mereka," katanya.

BACA LAGI: 'Kalau dah jodoh tak ke mana', gambar Putera Mateen, Dayang Anisha waktu kecil buat ramai tak boleh move on

bayi-comel-1

Bayi yang sihat perlulah menerima jagaan daripada Ibu Bapa dengan sebaiknya. — Gambar Hiasan

Atiqah turut menegaskan cara bagi mengelakkan seorang bayi menerima susu yang tidak sesuai buat tubuh badan kecil mereka.

Katanya, seorang ibu digalakkan memberi penyusuan susu ibu sahaja tanpa menggunakan susu lain selama enam bulan untuk memastikan anak mereka memperoleh nutrien yang secukupnya.

"Selepas tempoh enam bulan pertama baru kita saran tambah susu lain, cara nak tahu susu okay atau tidak perlu lihat kepada bayi.

"Kalau susu itu tidak sesuai bayi akan cirit birit, berak keras, berat badan tidak naik atau penolakan daripada bayi sendiri untuk tidak minum susu berkenaan," katanya.

overcoming-the-challenges-of-breastfeeding

Kini, masih ramai para ibu yang masih tidak mengetahui cara yang benar mengenai penyusuan bayi. — Gambar Hiasan

Dr Atiqah turut berkongsi beberapa perkara yang perlu pelajari seorang wanita yang bakal bergelar seorang ibu:

1. Mengetahui kepentingan dan pengurusan penyusuan susu ibu.

2. Membiasakan diri menerima sentuhan kulit ke kulit untuk memulakan penyusuan susu ibu secepat mungkin selepas kelahiran.

3. Mempunyai sokongan untuk menguruskan kesukaran biasa yang dihadapi semasa bergelar seorang ibu.

4. Tidak memberikan bayi baru lahir yang masih menyusu makanan atau cecair selain daripada susu ibu, melainkan dinyatakan secara perubatan.

5. Kerap bersama bayi.

6. Mengetahui cara mengenali dan bertindak balas terhadap isyarat bayi untuk menyusukan.

7. Mempelajari risiko penggunaan botol susu dan puting. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram