Mufti Pulau Pinang mohon maaf bukan kerana salah, tapi kerana adab dalam Islam — Mufti Kelantan


  • Mukmin
  • Selasa, 23 Jan 2024

Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan permohonan maaf yang dibuat Mufti Pulau Pinang bukan bermaksud pandangan yang dikeluarkan salah.

PERMOHONAN maaf dibuat oleh Mufti Pulau Pinang susulan teguran terbuka terhadap Datuk Seri Siti Nurhaliza berkait konsert mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menjelaskan isu tersebut, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, permohonan maaf yang dibuat Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bukan bermaksud pandangan yang dikeluarkan beliau salah.

Mohamad Shukri berkata, seorang mufti sememangnya memiliki autoriti dan peranan bagi menasihati sesuatu hal yang berkaitan agama.

BACA LAGI: [VIDEO] Cara urus rangka manusia sama seperti jenazah sempurna, Mufti Kelantan ulas kes Bella

photo1705981028

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza bakal dibuat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac depan. — Instagram Datuk Siti Nurhaliza

"Permohonan maaf dibuat bukan kerana bersalah, tetapi satu tindakan kalau pandangan kita mungkin tidak boleh diterima pihak lain.

"Permohonan maaf itu sebagai adab berinteraksi dalam Islam itu sendiri.

"Seumpama kita menghadap Tuanku, kita kata Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, jadi permohonan maaf itu adab dan bukan hanya dibuat ketika bersalah," katanya kepada Majoriti.

Mohamad Shukri turut beranggap menjadi tanggungjawab mufti untuk menunjukkan teladan yang baik sesama manusia.

"Masyarakat seharusnya terus memberi perhormatan kepada institusi fatwa dalam mentadbir agama," katanya.

BACA LAGI: Pembinaan bersejarah dalam Islam, ketahui 10 fakta Masjid Quba yang tidak diketahui ramai

2423174

Mufti Pulau Pinang membuat teguran berkenaan tarikh konsert menghampiri bulan Ramadan.

Sebelum ini, Wan Salim telah membuat teguran berkenaan tarikh konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac depan.

Baginya, mengadakan konsert pada hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Selain itu, Wan Salim turut mengulas bahawa dia tidak mahu memperpanjangkan isu berkenaan.

Menurutnya, dia sudah menjalankan tanggungjawab untuk menasihati, namun segala keputusan yang akan dibuat bergantung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Terserah kepada pihak Datuk Seri Siti, kerana dia ada niat mahu bantu rakyat Palestin bertindas melalui konsert itu. Tetapi saya rasa dengan rezeki yang ALLAH berikan kepada dia, tanpa konsert pun tetap mampu untuk bantu," katanya kepada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram