MENJADI pilihan pasangan untuk berbulan madu, Avani Sepang Goldcoast, Sungai Pelek, Selangor terkenal dengan keunikan resort berbentuk pokok palma yang dibina di atas air.
Resort ini terkenal sebagai destinasi yang romantik sesuai buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan di samping lokasi percutian menarik bersama keluarga.
Terletak kira-kira 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), resort itu menawarkan sebanyak 315 buah bilik dan villa.
Pastinya, pengunjung mengidamkan sebuah tempat percutian yang berbaloi untuk diluangkan bersama yang tercinta.
Ini bersesuaian dengan percutian di resort ini memandangkan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti:
Pemanduan ATV sangat popular buat penggemar sukan ekstrem.
1. Aktiviti ekstrem ATV
Sukan All-Terrain Vehicle (ATV) sangat popular dalam kalangan remaja kerana ia memberi adrenaline rush kepada pengunjung.
Lazimnya, jentera itu digunakan di kawasan berbatu dan tidak rata seperti hutan, sungai dan lokasi air terjun, namun kawasan landai juga seperti pantai juga memberi pengalaman menaiki ATV dengan lebih 'chill'.
Menyedari aktiviti ini amat diminati penggemar sukan lasak, Avani Sepang Goldcoast Resort mengambil inisiatif untuk memperkenalkan ATV sebagai salah satu tarikan menarik di premis mereka.
Lebih menarik, resort tersebut menyediakan trek mini untuk membolehkan pengunjung merasai pemanduan ATV yang menyeronokkan.
Sukan memanah sememangnya digemari ramai tanpa mengira peringkat umur.
2. Memanah
Tidak dapat dinafikan, sukan memanah mendapat tempat di hati peminat tanpa mengira peringkat umur.
Salah satu kelebihan sukan memanah adalah mampu membentuk keperibadian dan daya fokus seseorang.
Cuba menarik perhatian pengunjung, sukan memanah diperkenalkan di sekitar pantai berhampiran Avani Sepang Goldcoast Resort dengan menyediakan lebih daripada enam peralatan memanah.
BACA LAGI: [VIDEO] Jadi pengganti Tyzo, Chiwan Chilok sedia dikecam
Sukan menembak tin disediakan buat pengunjung yang datang di Avani Sepang Goldcoast.
3. Sukan menembak tin
Sukan menembak tin turut disediakan buat pengunjung yang datang di Avani Sepang Goldcoast Resort.
Menariknya sukan ini, ia dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk berlatih membuat tembakan tepat ke arah sesuatu objek tanpa mendatangkan bahaya.
Selain itu, ia turut mengajar seseorang untuk lebih peka terhadap sasaran yang dibuat.
4. Fire Show di Smiley Beach
Pertunjukkan Fire Show di Smiley Beach pada setiap malam hujung minggu.
Tidak terdapat di resort lain, pengunjung boleh menyaksikan Fire Show di Smiley Beach secara percuma pada setiap malam hujung minggu.
Persembahan pertunjukan api yang dibuat oleh individu terlatih dan profesional semestinya mampu memberi pengalaman yang luar biasa buat pengunjung.
Lebih menarik, pemandangan indah di sekitar resort mampu memberi pengalaman menakjubkan kepada pengunjung baik pelancong tempatan mahupun dari luar negara.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram