'Eloklah jaga tepi kain sendiri', Lan Solo ulas isu anaknya dikecam


  • Hiburan
  • Rabu, 17 Jan 2024

Lan Solo kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Solo.

PENYANYI, Lan Solo berkongsi rasa sedih terhadap sikap segelintir netizen yang suka menunding jari ke atas dirinya sekeluarga.

Terdahulu, anak kepada Lan Solo, Nur Amna Qaleesya, 13, pernah dikecam selepas dilihat lincah menari di aplikasi TikTok.

Lebih menyakitkan, kecaman yang diterima menyebabkan anaknya sampai meminta Lan untuk berhenti menyanyi.

BACA LAGI: 'Kalau dah jodoh tak ke mana', gambar Putera Mateen, Dayang Anisha waktu kecil buat ramai tak boleh move on

WhatsApp Image 2024-01-17 at 7.17.56 PM

Lan Solo tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Bercakap soal itu, Lan berkata, dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak dengan cara memenuhi permintaan setiap orang.

Memandangkan usia anaknya masih kecil, bapa kepada tiga orang anak itu tidak mahu terlalu berkeras dalam mendidik anak-anaknya.

"Biarlah mereka enjoy dengan usia yang sekarang, kita sebagai ibu bapa hanya mampu beri ruang dan teguran," katanya kepada Majoriti.

Lan Solo turut meminta orang ramai untuk lebih menguruskan diri sendiri berbanding menyibuk mengenai urusan orang lain.

"Saya public figure, kadang muat naik sesuatu di media sosial melibatkan anak pun menjadi perhatian.

"Kita lihat diri kita juga, kadang kita asyik cakap pasal orang, kecam orang tetapi diri sendiri pun tak terjaga. Eloklah jaga tepi ain sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof turut berkongsi perkembangan terbaharu dalam industri muzik tanah air.

"Saya kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Roda," katanya.

Menurutnya, tanpa mengambil masa yang lama, dia terus bersetuju untuk menjadi penyanyi bagi lagu yang ditulis oleh Achoi Floor 88 itu.

"Saya tak fikir panjang, terus sahaja bersetuju sebab lagu ini ada vibe macam lagu pertama saya dengan kumpul kristal dulu iaitu Seragam Hitam.

"Lagu terbaharu saya cerita tentang anak muda yang sangat suka pada motosikal sehingga disalahertikan dalam dunia permotoran," katanya.

Sebelum ini, bekas vokalis kumpulan Kristal itu terkenal dengan lagu Berpisah Tanpa Rela, Bunga Angkasa, Bekikis Bulu Betis dan Twist Abang Sayang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram