MENYAMBUT penantian peminat, kumpulan indie Korea Selatan popular, The Rose bakal menemui peminat mereka menerusi konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024, di Mega Star Arena, pada 31 Januari ini.
Di bawakan oleh Lo-Fi Entertainment, kumpulan The Rose dianggotai Kim Woosung, Park Dojoon, Lee Hajoon dan Lee Jaehyeong memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi persinggahan di Asia Tenggara untuk siri jelajah konsert tersebut, selain Amerika Utara dan Eropah.
The Rose bakal menggegarkan konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur.
Bernaung di bawah label mereka sendiri iaitu Windfall dengan kerjasama Transparent Arts, The Rose popular dengan lagu-lagu Inggeris dan Korea yang beremosi seperti Back to Me, Red, She's in the Rain dan single sulung Sorry diterbitkan pada 2017 sekali gus melonjakkan nama kumpulan mereka di persada dunia.
Populariti The Rose bukan hanya kepada band mereka sahaja, malah setiap anggota kumpulan itu mengukir kejayaan tersendiri dalam industri seni seperti Woosung yang pernah berkolaborasi dengan mendiang Ryuichi Sakamoto dan Agust D atau Suga BTS untuk lagu Snooze manakala Dojoon, Hajoon dan Jaehyeong pula pernah muncul dalam beberapa drama Korea.
Kumpulan The Rose juga diiktiraf sebagai Band of the Year di Prêmio Annual K4US Brazil pada 2022 selepas berjaya membuat persembahan di Chicago, Sweden, Brazil, Chile, Argentina dan Festival Jazz Montreux di Switzerland serta BST Hyde Park di England.
Setakat ini, The Rose telah mengeluarkan dua album berjudul Heal dan Dual, dua EP Void dan Dawn dan banyak albun single yang mendapat tempat dalam carta teratas di peringkat global.
Tiket konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024 sudah mula dijual menerusi www.ticketingtix.com pada harga berikut:
RM898 (VIP) [300 pembeli pertama akan dapat kemasukan awal (selepas VVVIP & VVIP), Pengalaman Soundcheck, Sesi Q&A, Lanyard Rasmi, Poster, Pek Pick Gitar The Rose dan Sampel Minyak Wangi The Rose Akan Datang, Black Rose] , M598 (CAT 1), RM498 (CAT 2), RM298 (CAT 3) Harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.
Tiket untuk menonton konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024 sudah mula dijual menerusi www.ticketingtix.com
Tiket VVIP dan VVVIP hanya terdapat dari aplikasi Rosarium.
Untuk VVIP, 104 pembeli pertama akan dapat semua Faedah VIP serta kemasukan awal (selepas VVVIP), gambar Meet & Greet (satu kumpulan lapan orang), Poster yang ditandatangani dan barangan cenderahati VVIP.
Bagi VVVIP pula, lima pembeli pertama akan dapat semua Faedah VVIP serta kemasukan terawal, gambar Meet & Greet Solo, merch eksklusif VVVIP dan pengalaman Green Room. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram