Marry Me Hari Ini, naskah Aman Aziz untuk Nisha Haque


  • Hiburan
  • Khamis, 11 Jan 2024

Nisha Haque (kiri) dan Aman Aziz (kanan) berkolaborasi buat pertama kalinya dalam sebuah lagu berjudul Marry Me Hari Ini.

ARTIS meningkat naik, Aman Aziz dan Nisha Haque memilih untuk berduet dalam Marry Me Hari Ini.

Lagu ciptaan Ku Yen dan Rudy Nastia serta lirik oleh Ku Yen, Aman Aziz dan Elly J ini bakal meniti di bibir peminat mereka.

Bergabung buat pertama kali, Nisha Haque yakin dapat meletakkan dirinya sebaris dengan artis yang sudah lama bertapak dalam industri muzik tanah air.

Bercakap soal bekerjasama bersama Nisha, Aman berasa ini merupakan permulaan terbaik untuk kembali semula dalam industri muzik.

Aman berkata, dia menggunakan peluang ini untuk mencabar dirinya agar menjadi individu yang luar biasa berbanding dia yang sebelumnya.

"Sebelum ini lagu Aman genre banyak yang balada, tetapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan lagu Aman rancak kerana sekarang Aman mahu jadi berbeza daripada sebelumnya.

"Aman mahu keluar daripada kepompong. Aman tak mahu jadi katak bawah tempurung," katanya.

BACA LAGI: Zayn Rayyan: Hasil siasatan hampir 90 peratus, polis mulakan tangkapan berdasarkan risikan — KPN

photo1704892248

Nisha Haque (kiri) dan Aman Aziz (kanan) berduet dalam Marry Me Hari Ini.

Aman Aziz menambah, lagu ini dicipta khas buat pasangan yang hangat bercinta dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

"Mana tahu dengar lagu ini, tiba-tiba berjumpa jodoh dan mereka yang umur 30-an belum berkahwin pun boleh dengar lagu ini.

"Lagu ini untuk bagi keceriaan kepada seseorang, mahu dengar hari biasa pun boleh dan bukan masa hari perkahwinan sahaja," katanya.

Sementara itu, Aman Aziz turut menjawab isu dikatakan pernah menggigil ketika beraksi di atas pentas.

Bercakap soal itu, Aman berkata, dia kini memilih untuk bangkit melawan rasa gemuruh demi meneruskan kerjaya seninya.

"Aman selalu cakap dengan diri Aman, buat apa nak jadi Aman yang dahulu yang ada rasa takut. Jadi aman nak jadi Aman yang baharu," katanya.

Menurut Aman, rasa takut yang timbul dalam dirinya berpunca daripada trauma yang pernah dilalui terdahulu.

"Sejak dulu ramai orang judge, macam cikgu dengan pelajar yang membuatkan benda itu terpahat dalam ingatan.

"Bila Aman sudah bekerja, perkara itu dah hilang," katanya.

Terdahulu, Aman pernah mengeluarkan lagu-lagu popular seperti Ching Ching Raya, Terdetik Rindu, Satu Hari Saat Hujan, Tunggu Lama dan Sulit.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram