Pantang patah di tengah, Hael Husaini sanggup turun berat badan demi hidupkan watak


  • Hiburan
  • Khamis, 04 Jan 2024

Hael Husaini yang semakin melonjak naik selepas membuat kemunculan dalam drama pertamanya. — Instagram/Hael

TERKENAL dengan bakat nyanyian dan kehandalan mencipta lagu popular, Hael Husaini, 36, kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Hael atau nama sebenar Muhammad Hael Husaini Razmi dilihat semakin menjadi perhatian ramai sejak kemunculannya dalam drama My Famous Ex-Boyfriend yang sudah ditayangkan bermula 23 Oktober 2023.

Pelbagai kritikan dilontarkan kepadanya termasuk ada yang mengecam cara lakonan dan pembawakan watak dalam drama tersebut.

msg1050426791-21665

Hael Husaini (kanan) yang digandingkan dengan barisan pelakon lain, Qasrina (tengah) dan Nadhir Nasar (kiri). — Instagram/Hael

Namun, pelantun lagu Jampi itu tidaklah mudah pantang patah di tengah, kerana baginya, tidak ada keperluan memandang perkara itu daripada sudut negatif.

BACA LAGI: Sorotan 2023: Pemergian M Daud Kilau, konflik rumah tangga Farid Kamil-Diana Danielle dan perkahwinan mengejut MK K-Clique antara momen paling diingati

Bukan itu sahaja, Hael juga mendedahkan bahawa dia sangat komited melakukan sebaik mungkin demi menjayakan wataknya itu.

Katanya, dia mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan daripada 55 kilogram sehingga 47 kilogram kerana membawa watak yang berat.

Tambahnya, membawakan watak dalam drama tersebut antara perkara yang paling bermakna baginya.

msg1050426791-21666

Hael ketika ditemui di Suria FM pada Rabu.

"Saya sangat sukakan cabaran, lebih-lebih lagi bila dapat lakonkan watak ini. Ia sangat berat dan saya sendiri pun tak sangka dapat melaksanakannya dengan baik selepas tunjuk ajar daripada rakan pelakon lain.

"Itu adalah pilihan saya sendiri untuk melakukan perkara itu dan ia adalah komitmen. Jadi saya cuba yang terbaik," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Air mata Aisha Retno gugur terkenang momen jatuh bangun 4 tahun dalam industri muzik

Dalam pada itu, Hael tanpa segan silu mengaku dirinya bukanlah sehandal seperti pelakon lain pada awalnya.

Tetapi, dia mengambil peluang emas itu untuk digunakan juga dalam nyanyiannya.

"Pada mulanya memang terus-terang cakap, saya seperti logam dan kayu bila terima tawaran berlakon itu.

"Tetapi, hari demi hari banyak yang saya belajar dan boleh terapkan dalam karier nyanyian.

BACA LAGI: Kembali ke era galau Raisa Adriana, Tak Berharap Lagi jadi penutup 2023

"Sebagai contoh, daripada segi ekspresi muka, bagaimana nak melontarkan perasaan dengan lebih mendalam," kongsinya.

Bukan itu sahaja, menurutnya, tiada sebarang latihan khusus atau mendapatkan kelas lakonan kerana menerima tawaran dalam tempoh singkat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram