Kelengkapan rumah semua dah siap, tinggal 'cuci tangan' sahaja — Chiwan


  • Hiburan
  • Isnin, 11 Dis 2023

Chiwan (kanan) bersama bakal isteri, Cinta Aiyuni (kiri). — Instagram/Chiwan

BAKAL bergelar suami tidak lama lagi, pelakon dan pelawak, Chiwan teruja berkongsi tentang persediaan perkahwinan dengan buah hatinya, Cinta Aiyuni.

Chiwan atau nama sebenar Mohd Azwan Sabri, 34, berkata, segala persiapan sudah dilakukannya bagi menyambut ahli baharu dalam hidupnya.

Katanya, untuk menjadi sebagai seorang suami, terdapat banyak perkara lagi yang perlu dipersiapkan dalam dirinya.

"Buat masa sekarang, segala persiapan daripada segi barang keperluan, kelengkapan rumah sudah siap, tinggal cuci tangan sahaja.

msg1050426791-20124

Chiwan selepas selesai menjadi penyampai radio jemputan di Suria FM pada 21 November lalu.

"Cuci tangan yang saya maksudkan adalah seperti melengkapkan segala kelengkapan asas bukan perkara negatif atau sebagainya.

"Sebab selalu kalau kita nak kahwin ni, orang akan cakap 'masuk rumah aku cuci tangan je, semua dah ada', begitulah maksudnya," katanya kepada Majoriti.

Juara program Mic On Selebriti 2023 itu sebelum ini pernah menyatakan bahawa akan menamatkan zaman bujangnga pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangannya itu terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

"Sepatutnya Ogos lalu, tapi apakan daya tarikh terpaksa dianjakkan dan kami pun masih belum pastikan lagi tarikh yang sebenarnya.

msg1050426791-20126

Chiwan yang mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan selepas menjadi juara Mic On 2023.

"Kad jemputan kahwin pun kami tak siapkan lagi sebab sama juga, masih menunggu tarikh yang betul dan jika sudah ada saya akan beritahu kelak.

Pada masa sama, Chiwan amat berharap orang ramai mendoakannya supaya dapat menyelesaikan urusannya itu secepat mungkin.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang kariernya sebagai anak seni pula, Chiwan mengaku tidak takut untuk mencuba segala bidang termasuk pengacara dan penyampai radio.

Pelawak berbakat besar itu juga menyifatkan dirinya bukanlah seorang yang kelakar untuk membuat lawak, namun masih cuba bertahan demi kumpulannya, Chilok.

"Setakat ini tiada lagi individu yang memberikan kata-kata negatif tetapi, saya hanya mampu lakukan terbaik walaupun saya bukan orang yang kelakar pun," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram