DENGAN musim percutian akhir tahun bakal tiba tidak lama lagi, ia pastinya menjadi waktu ditunggu-tunggu oleh setiap keluarga di Malaysia.
Bagi ibu bapa, tempoh ini amat penting dalam melakukan perancangan terbaik untuk memilih destinasi, waktu serta aktiviti mahu dilakukan.
Untuk itu, taman tema, Sunway Lost World Of Tambun di Ipoh, Perak kini bersedia menawarkan pengalaman pengembaraan epik bagi musim percutian akhir tahun ditunggu-tunggu.
Lebih menarik, aktiviti ditawarkan di taman tema yang terletak di tengah-tengah kawasan pembentukan 400 juta tahun itu sesuai untuk semua golongan tanpa mengira usia.
Khusus bagi menghangatkan musim percutian akhir tahun, Sunway Lost World Of Tambun pada kali ini menawarkan aktiviti pengembaraan baharu menyeronokkan bersama naga yang akan membawakan bukan sahaja api, tetapi magis yang tersendiri.
Penemuan Naga Purba! Tema Baharu Hutan Menyala!
Merupakan tempat tinggal bagi suku Malayana, hutan mistik yang direka dengan sentuhan mempesonakan ini akan membawa pengunjung kepada portal rahsia ke alam naga purba dan dan pelbagai lagi makhluk mitos yang hilang.
Hutan Bercahaya atau Luminous Forest yang menjanjikan pengalaman menakjubkan buat pengunjung.
Pada Disember ini, pengunjung akan dibawa untuk memulakan perjalanan mencabar merentasi laluan Eshno, bertemu dengan naga liar yang berkeliaran bebas dan penerokaan pelbagai lagi keajaiban yang mengagumkan.
Dengan sisik berkilauan seperti permata berharga di samping memiliki keajaiban sendiri, Luminous Forest atau Hutan Bercahaya terbaharu ini menjanjikan pengalaman mengujakan yang akan menjentik rasa ingin tahu pengunjung dalam pengembaraan yang penuh rahsia rahsia, misteri dan kejutan!
Tidak terhenti sekadar itu, orang ramai juga akan dibawa bersama dalam perjalanan ke takhta Kukuntalu dan tenggelam bersama dalam flora dan fauna mistik!
Pengunjung juga berpeluang mencipta kenangan mempesonakan di bawah cahaya menakjubkan tumbuhan laut Aiyanna yang dijaga oleh pengawal, Shadowfang.
Pengembaraan aktiviti luar sepanjang hari!
Pengalaman meneroka Hutan Bercahaya tentunya menjadi sesuatu yang menyeronokkan pada waktu malam.
Bagaimanapun, keseronokan Sunway Lost World Of Tambun tidak terhenti hanya sekadar di situ.
Antara tumbuhan magis menanti pengunjung yang hadir ke Sunway Lost World Of Tambun.
Ini kerana taman tema ini turut menyediakan aktiviti mengujakan buat pengunjungnya sepanjang waktu siang!
Bagi yang mencari aktiviti mampu memacu adrenalin, Taman Hiburan dan Taman Air menyediakan perjalanan mendebarkan bersama roller coaster, Lupe's Adventure dan gelongsor air, Tube Raider.
Selain itu, Malayana Rainfortress adalah tempat yang mesti dilawati oleh setiap keluarga untuk merasai sendiri pengalaman meluncur ke dalam terowong air setinggi dua tingkat setengah ini.
Jangan lupa untuk membuat percikan gergasi ketika tiba di gelongsor air dan tenggelam semasa perjalanan di dalam Sarang Naga yang direka dengan terowong air 4D yang sinematik.
Ibu bapa juga boleh berehat di Sandy Beach yang dikelilingi oleh gunung-ganang dan alam semula jadi yang memukau sekitar taman tema.
Pada masa sama, mereka juga boleh menuju ke Jungle Wave untuk Pesta Kolam yang Hebat!
Pengalaman bersama hidupan liar semakin pupus! Kenali tenggiling dengan lebih dekat!
Apabila berkunjung ke Sunway Lost World of Tambun pada musim percutian kali ini, sila perhatikan pendatang baharu yang dihadirkan bagi menambahkan lagi keseronokan pengunjung.
Pengunjung dapat mengenali tenggiling yang merupakan haiwan terancam di Lost World Petting Zoo.
Ia tidak lain dan bukan adalah tenggiling yang berada di alamnya yang tersendiri.
Pengunjung dan keluarga berpeluang untuk berada lebih dekat dengan haiwan terancam ini, iaitu pengalaman unik yang hanya didapati di Sunway Lost World Petting Zoo.
Jika anak-anak menunjukkan minat sangat dengan makhluk yang pemalu tetapi mesra ini, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk menukar percutian anda ke program pendidikan hujung minggu dengan aktiviti Explorer Rangers yang kini diubah suai terdiri daripada sukatan pelajaran baharu dan struktur interaktif lebih menarik selepas memasuki musim keduanya.
Antara haiwan yang berada di Lost World Petting Zoo.
Anak-anak anda boleh mendaftar untuk siri kelas selama setahun untuk membolehkan mereka membina dan mengukuhkan minat terhadap hidupan liar dan alam semula jadi!
Masa Memanjakan Diri bersama kolam Mata Air Panas!
Bagi mereka yang memerlukan percutian santai, Lost World Hot Springs Night Park ialah tempat terbaik untuk anda.
Bersantai di 12 kolam air panas yang 100 peratus semula jadi, diperkaya dengan mineral untuk mencergaskan badan anda yang letih.
Dan jangan lupa untuk memanjakan diri anda dengan urutan tradisional di Crystal Spa yang menawarkan terapi badan, aromaterapi dan urutan.
Taman tema Lost World Of Tambun turut menyediakan kemudahan kolam air panas bagi pengunjung yang menginginkan percutian lebih santai.
Tamatkan 2023 dengan bergaya! Santa datang ke TAMBUN!
Perkara paling penting dalam kali ini, ia seharusnya menjadi suatu pengalaman paling menyeronokkan bagi menutup akhir tahun 2023 dengan penuh bergaya.
Untuk itu, Sunway Lost World Of Tambun mahu menyempurnakannya dengan membawakan semangat perayaan Krismas yang pastinya cukup menakjubkan.
Bagi yang mencari aktiviti mampu memacu adrenalin, Taman Hiburan dan Taman Air menyediakan perjalanan mendebarkan bersama Lupe's Adventure dan Tube Raider.
Selain persembahan dan pertunjukan menakjubkan, taman tema ini turut mentransformasikan sebuah kawasan purba menjadi seperti syurga yang dihiasi dengan pokok krismas, hadiah dan hidangan makanan lazat.
Perayaan Krismas merupakan musim yang penuh kegembiraan, dan Sunway Lost World Of Tambun bersedia untuk berkongsi keterujaannya bersama pengunjung.
Jadi, tunggu apa lagi? Mari bersama menjadi sebahagian daripada AWESOME HOLIDAYS 2023 dengan menempah tiket di sini: https://sunwaylostworldoftambun.com/. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram