Wajah dan suara persis Sudirman, Apex Tajudin nafi ada pertalian darah


  • Hiburan
  • Sabtu, 28 Okt 2023

Apex Tajudin yang sering dikaitkan dengan Allayarham Sudirman kerana memiliki paras rupa dan suara yang sama.

BAGAIKAN pelanduk dua serupa, penyanyi Apex Tajudin, 27, tidak menafikan bahawadia sering kali dikaitkan dengan ikon muzik kesayangan Malaysia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Masakan tidak, wajah dan suaranya ketika menyanyi sememangnya tidak jauh beza dengan penyanyi legenda itu.

Namun, Apex atau nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjuddin mendedahkan bahawa tiada sebarang pertalian darah antara dia dan Sudirman.

"Ramai juga orang kata muka saya sama dengan Sudirman dan mungkin sebab kita manusia, ada tujuh orang muka sama.

"Tetapi sejujurnya saya dan Sudirman memang tiada apa-apa kaitan keluarga pun.

msg1050426791-18062

Apex Tajudin selepas mempromosikan lagu terbaharunya, Jambangan Cinta di Suria FM pada Rabu.

"Bahkan saya sendiri pun tidak pernah menonton persembahan apatah lagi bernyanyi bersama dengan arwah," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, dia masih mempunyai identiti sendiri walaupun terdapat beberapa sisi dirinya yang sama dengan Allayarham.

"Dari segi suara pula, kalau orang dengar memang sama kerana kami berdua ada suara halus yang seakan-akan sama.

"Namun, saya juga ada kelainan dan keistimewaan terutama pada suara serak saya.

"Jadi, walaupun seakan sama, saya pun ada identiti yang tiada pada Allayarham," jelasnya.

Bukan itu sahaja, Apex yang merupakan juara program realiti televisyen, Mentor Milenia 2019 juga menyatakan bahawa dia sentiasa berusaha untuk kekal utuh dalam bidang nyanyian.

msg1050426791-18065

Apex yang melakar nama dalam industri hiburan selepas menjuarai Mentor Milenia pada 2019. — Instagram/@apextajudin

Katanya, minatnya dalam bidang itu membuatkan dia tidak pernah berputus asa untuk bangkit semula daripada kejatuhannya ketika Covid-19 pada 2021.

"Waktu itu saya tidak menafikan bukan saya seorang sahaja yang terkesan dan bagi saya ia suatu perkara yang biasa.

"Sekarang saya lebih memandang ke hadapan, teruskan usaha dan jangan pernah berhenti," tambahnya.

Setelah sekian lama menyepi, kini Apex muncul kembali dengan lagu terbaharunya yang berjudul Jambangan Cinta sebagai pengubat rindu buat para peminat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram