'Tangkap Duit Suria' tawar hadiah berjumlah RM30,000


  • Hiburan
  • Sabtu, 09 Sep 2023

Suria FM anjur peraduan 'Tangkap dan Menang', lebih RM30,000 untuk dimenangi.

PENDENGAR dan peminat setia Suria FM berpeluang untuk menjadi sebahagian pemenang hadiah berjumlah RM30,000 menerusi peraduan 'Tangkap Duit Suria' yang akan berlangsung bermula 11 September sehingga 29 September ini.

Caranya cukup mudah, hanya perlu mendengar isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan tanda pagar #TangkapDuitSuria ke talian aplikasi WhatsApp Suria 017-8961053.

Menerusi peraduan 'Tangkap Duit Suria' itu, penghantar WhatsApp yang kelima akan dihubungi oleh penyampai Suria dan perlu menyebut kata laluan 'Tangkap Duit Suria' untuk menang wang tunai sebanyak RM250.

Jika gagal menyebut perkataan tersebut, wang akan digandakan ke segmen seterusnya.

Tangkap Duit Suria (2)

Pendengar hanya perlu mengikut langkah di atas untuk berpeluang menjadi sebahagian pemenang.

Pendengar hanya perlu menunggu isyarat 'Tangkap Duit Suria' setiap hari untuk menang di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Pemenang juga berpeluang memenangi sejumlah wang bonus di waktu tambahan hanya dengan menyebut kata laluan yang dikongsikan di Instagram Suria FM.

Peraduan ini juga membuka peluang kepada pendengar untuk memenangi hadiah menarik seperti gitar eksklusif atau wang bonus mengikut jumlah wang yang dikumpul oleh penyampai.

Untuk mengikuti pusingan itu, peserta perlu merebut bola yang tertera nilai di dalam kotak duit sebagai wakil peserta dan harus sebut 'berhenti' dalam masa 10 saat.

GENERIC FEED

Suria FM bakal menganjurkan Karnival Mega Suria di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya pada September.

Lebih menarik, wang tunai sebanyak RM10,000 turut menanti pengunjung menerusi ‘Tangkap Duit Suria’ dengan membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM150 di gerai jualan 'Kedai Suria' sepanjang acara berlangsung pada 16 hingga 17 September 2023 yang bertempat di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Karnival itu juga akan menampilkan kehadiran istimewa barisan penyampai Suria FM iaitu Shuib, Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander dan DJ Lin.

DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM sebelum ini berkata, penganjuran itu diadakan dengan kerjasama antara Suria FM dan MBPJ.

"Kami mengharapkan Karnival Mega Suria mendapat sambutan baik dari semua pihak dan orang ramai dijemput hadir bersama seisi keluarga bagi memeriahkan acara secara percuma ini," kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid.

Tangkap Duit Suria

Pengunjung berpeluang memenangi sebahagian daripada RM10,000 atau hadiah misteri di jualan kedai Suria FM.

Selain itu, DJ Lin berkata, acara tersebut diadakan sebagai tanda terima kasih buat semua pendengar di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini terutama siri Jelajah Suria yang sentiasa dinantikan oleh peminat pada setiap tahun.

"Kami ingin meluangkan lebih banyak masa bersama pendengar setia Suria FM menerusi aktiviti luar, jadi kami akan berkampung selama dua hari menyajikan pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan kekeluargaan yang pastinya menghiburkan pengunjung dari pagi hingga ke malam.

"Kali pertama kami menganjurkan karnival berskala besar seumpama ini, ia bertujuan untuk menghiburkan semua masyarakat khususnya pendengar Suria FM sekali gus meluaskan sasaran pendengar radio ini ke semua lapisan umur," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram