[VIDEO] Pengawal keselamatan dipecat gara-gara ikut nyanyi konsert Taylor Swift


  • Benua
  • Ahad, 20 Ogos 2023

Video tular Denker yang bertugas sebagai pengawal keselamatan ketika konsert Taylor Swift telah menarik perhatian 9.2 juta penonton di TikTok. — Agensi

GARA-GARA ikut nyanyi lagu artis terkenal, Taylor Swift di sebuah konsert, seorang pengawal keselamatan dipecat oleh syarikatnya sendiri selepas video tersebut menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Memetik laporan media antarabangsa, Bring Me The News, pada waktu kejadian, Calvin Denker ditugaskan sebagai sebagai keselamatan ketika Taylor Swift sedang membuat persembahan di Stadium U.S Bank, Minnesota, Amerika Syarikat pada minggu yang lalu.

Teletah video Denker menyanyi bersama ketika Taylor Swift menyanyikan lagu Cruel Summer itu pada mulanya dimuat naik menerusi TikTok Alisa Maloney sebelum menjadi tular dan ditonton lebih 2.9 juta kali pada Jumaat.

Menurut Denker, syarikatnya bekerja, BEST tidak membenarkan kakitangan untuk mengambil apa sahaja gambar atau video pada konsert tersebut.

"Polisi syarikat, pekerja tidak boleh mengambil gambar atau video. Jadi saya meminta pengunjung dan bertanyakan sama ada mereka mengambil gambar untuk dihantar kepada saya dengan memberikan beberapa nota kepada pengunjung yang berhampiran.

"Namun, Maloney tidak menerima nota tersebut dan terus memuat naik video saya ke akaun TikToknya.

"Bila saya melihat video saya dalam TikTok Maloney pada keesokan harinya, saya sangat gembira," katanya.

Namun, Denker kemudiannya memuat naik satu video di laman TikTok peribadinya dengan mengatakan dia telah dipecat gara-gara video tersebut.

"Seorang wanita daripada jabatan sumber manusia menghubungi saya dan memaklumkan saya dipecat hanya kerana memberikan nota kepada beberapa penonton konsert untuk mengambil gambar dan menghantarnya ke telefonnya.

"Selain daripada itu, tidak dinyatakan punca sebenar saya dipecat. Wanita yang menghubungi saya tidak dapat menyatakan apa sebenarnya kesalahan saya kerana saya tidak melakukan apa-apa selain meminta foto daripada penonton," katanya lagi.

Susulan daripada itu, Danker menawarkan untuk memadamkan TikToknya untuk dengan harapan akan terus bekerja itu tetapi dia tidak mendapat maklum balas daripada syarikat itu.

Walaupun begitu, Denker meminta warga maya untuk tidak menyalahkan syarikat keselamatan itu kerana ia secara keseluruhannya merupakan pengalaman yang diambil secara positif.

"Saya tidak tidak menyimpan dendam terhadap majikan saya dan saya bekerja dengan salah satu konsert paling hebat yang pernah ada," kata Denker, merujuk kepada konsert Taylor Swift. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram