PENYAMPAI radio Suria FM mengakui dirinya berasa agak sedih apabila tidak dapat dapat meraikan kejayaan dinobatkan Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)ke-35 bersama-sama ibunya yang telah pergi menghadap Ilahi pada sejak lebih setahun lalu.
Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu temu bual ekslusif bersama Morning Morning Suria pada Isnin.
Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris berkata, ibunya, Hasnah Shaari yang meninggal dunia pada 3 Januari 2022 merupakan antara penyokong setianya sepanjang lebih dua dekad berkecimpung dalam bidang hiburan tanah air.
Ujarnya, arwah sentiasa mendengarkan segemennya ketika ke udara dan tidak pernah berhenti menyuntik semangat kepada dirinya untuk terus berkarya.
Tyzo bersama ibunya ketika arwah masih hidup. — Instagram/tyzoxander
Tyzo bagaimanapun berkata, pengiktirafan yang diterima pada Jumaat lalu itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya sebagai penyampai radio.
“Saya sangat bersyukur kerana ini merupakan kali pertama saya menggenggam trofi Penyampai Radio Popular selepas 20 tahun berada dalam industri ini.
“Setelah pelbagai suka duka yang saya lalui sepanjang menjadi anak seni, akhirnya saya berpeluang merasai pengalaman indah di pentas anugerah berprestij seperti ABPBH dan saya sangat berbesar hati,” katanya.
Tyzo ketika menerima trofi sebagai Penyampai Radio Popular pada ABPBH 32 pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Tyzo turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang sentiasa mendengarkan segmen Suria Petang yang dikendalikan bersama rakan penyampainya, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara.
Jelasnya, kemenangan itu juga adalah merupakan hadiah buat peminat dan pendengar Suria FM khususnya bagi segmen Suria Petang.
“Saya percaya ramai pendengar yang menyukai gandingan kami berdua dan dengan kejayaan ini, saya akan lebih berusaha memberikan yang terbaik kepada para pendengar. Juga tidak dilupakan, terima kasih kepada ahli keluarga, adik-beradik dan keluarga saya di Suria FM yang sentiasa memberikan sokongan, sememangnya jasa kalian tidak dapat dilupakan.
“Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan media, seluruh warga kerja dan barisan pemenang,” katanya.
Pada malam anugerah tersbut, Tyzo mencipta kejutan apabila merampas trofi Penyampai Radio Popular daripada DJ Lin yang pernah memenangi kategori itu sebanyak empat kali iaitu pada ABPBH 29, ABPBH 32, 33 dan 34.
Selain DJ Lin, Tyzo turut menewaskan calon Top 5 kategori Penyampai Radio Popular antaranya DJ Sonic dari Nasional FM, Haiza (Kool 101) dan Johan (Hot FM). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,