Suria FM tawar pakej pengiklanan serendah RM500 buat usahawan produk


  • Bizz
  • Jumaat, 07 Jul 2023

Orang ramai berpeluang mendapatkan pakej pengiklanan bersama Suria FM serendah RM500 sahaja. — Suria FM

ORANG ramai berpeluang untuk memasarkan produk mereka dalam ruang iklan radio, platform digital atau aktiviti luar bersama Suria Wheels dengan harga serendah RM500 sahaja.

Lebih menarik, dengan promosi yang dijalankan bersama Suria, Suria Wheels juga akan memperkenalkan produk orang ramai kepada para pendengar di beberapa lokasi seperti di kolej, universiti, pasar malam, stesen pengangkutan awam, pusat perdagangan, pusat beli-belah, stesen minyak dan banyak lagi.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, selari dengan perkembangan teknologi masa kini, ramai usahawan memilih untuk memasarkan perniagaan mereka melalui platform tradisional juga secara dalam talian untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai produk mereka.

"Jika sebelum ini ramai usahawan beranggapan harga pengiklanan di platform media khususnya radio sangat mahal dan di luar kemampuan, kini tidak lagi kerana dengan hanya bermodalkan RM500, anda berpeluang mengiklankan produk anda bersama Suria FM.

"Kami tawarkan pelbagai pakej menarik mengikut cita rasa pelanggan dan akan cuba untuk berikan yang terbaik demi memenuhi kehendak anda,” katanya.

Jadi, tunggu apa lagi? Iklankan produk anda di Suria FM dengan segera, hantarkan emel pada alamat [email protected] atau hubungi di talian 016-343 9071.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria di suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia (Instagram @suriamalaysia), (Facebook @SuriaMalaysia) (TikTok @suriamalaysia) (Youtube: SuriaTV) dan Twitter @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram