'Saya 50/50 masih sayangkan Shuhada', Hafidz Roshdi diperintah untuk tidak berjumpa dengan bekas isteri


  • Hiburan
  • Selasa, 21 Mac 2023

Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor bagi bagi pengesahan lafaz cerai pada Selasa. — Bernama

PELAKON dan selebriti tanah air, Hafidz Roshdi diperintah untuk tidak berjumpa dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Hafidz tiba di Mahkamah Rendah Syariah pada pukul 10.49 pagi bagi pengesahan lafaz cerai yang dibuat sebelum ini.

Ketika ditanya soal masih ada harapan ataupun serpihan kasih sayang terhadap isterinya, Hafidz berkata, perkara itu bergantung kepada jodoh selain menyifatkan ia sebagai situasi yang sukar.

"Tengok jodoh macam mana, saya pun tak tahu nak kata macam mana. 50/50 la saya boleh kata," ujarnya.

Dalam pada itu, Shuhada turut tampil dengan sebutan baharu menyatakan tuntutan lafaz cerai berlaku pada 22 Februari lalu, justeru kedua-duanya perlu menunggu keputusan mahkamah membuat keputusan bagi kedua-dua lafaz cerai.

Peguam mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak plaintif menyatakan tuntutan baharu dengan lafaz cerai berlaku pada 22 Februari lalu, justeru perlu menunggu keputusan mahkamah membuat keputusan bagi kedua-dua lafaz cerai.

"Hari ini adalah tarikh sebutan pertama, permohonan ini difailkan oleh plaintif dan defendan tapi tiba-tiba, kami dapat penyata pembelaan dan ada tuntutan balas daripada pihak defendan pada Isnin.

"Pihak defendan mendakwa ada satu lagi talak dilafazkan Hafidz. Jadi, biarlah mahkamah tentukan.

Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu dan kes perceraian dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram