Apa beza septic shock dengan strok haba? Ketahui penjelasan pakar


  • Sihat
  • Selasa, 02 Mei 2023

Khairul Hafidz mengucapakan takziah kepada keluarga remaja Allahyarham Airiel Syahren yang meninggal dunia pada Ahad.

SEORANG pakar perubatan, Dr Khairul Hafidz menjelaskan terdapat perbezaan antara septic shock secondary to meningoencaphalitis dengan strok haba.

Katanya di Twitter, septic shock secondary to meningoencaphalitis ialah renjatan septik disebabkan oleh jangkitan yang menyebabkan proses inflamasi pada tisu otak.

Sementara strok haba pula kerana badan menjadi terlalu panas dan tidak dapat mengawal suhu badan akibat dari pendedahan suhu yang tinggi dalam masa yang panjang.

strok haba

Khairul Hafidz menjelaskan perbezaan antara septic shock dengan strok haba di Twitter.

"Dua-dua itu adalah berbeza. Dari pembacaan saya cenderung mengatakan arwah meninggal dunia kerana septic shock.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga. Akan tetapi, saya ingin membetulkan salah faham ini," ujarnya.

Khairul Hafidz memberi reaksi tersebut bagi mengulaskan kematian remaja 12 tahun, Airiel Syahren pada Ahad lalu yang dipercayai disebabkan strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak mengatakan anaknya mengalami panas badan dan kekejangan otot.

Allahyarham juga meronta-ronta sehingga dia terberak dan terkencing sementara menunggu ketibaan ambulans. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram