Sekali lafaz, Aiman Tino kini suami Che Syarah Haifa


  • Hiburan
  • Khamis, 27 Apr 2023

Che Syarah Haifa menerima seutas gelang emas dan mas kahwin RM5,000 dalam majlis perkahwinan pada Khamis.

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Che Syarah Haifa Che Isa pada Khamis.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafis berwakil wali abang Che Syarah, Che Fariz Che Isa.

Tiada acara menukar dulang hantaran dalam majlis yang berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat itu.

Che Syarah, 24, menerima seutas gelang emas dan mas kahwin sebanyak RM5,000.

Screenshot 2023-04-27 at 6.28.58 PM

Aiman dan Che Syarah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Pasangan itu turut melangsungkan pertunangan dalam majlis sama sebelum penikahan dilangsungkan.

Mereka dijadualkan akan mengadakan majlis resepsi pada 6 Mei depan di Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, pasangan itu saling mengenali antara satu sama lain sekitar 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Kedua-dua kemudian menjalinkan perniagaan bersama manakala 21 Januari lalu, keluarga Aiman menghantar rombongan merisik Che Syarah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram