Gelandangan P.Pinang turut berpeluang sambut Syawal secara sederhana


Terdapat golongan gelandangan yang turut meraikan Aidilfitri tetapi secara bersederhana.

HARI Raya Aidilfitri disambut umat Islam dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina, india, Iban, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi.

Perayaan Aidilfitri sudah semestinya diraikan tanpa mengira agama, kaum dan bangsa kerana perpaduan dan keharmonian yang terdapat di Malaysia.

Setiap keluarga akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang, sanak saudara dan juga sahabat handai.

Namun begitu, di sebalik kegembiraan menyambut Syawal, ada juga golongan gelandangan di Pulau Pinang yang turut meraikan Aidilfitri tetapi secara bersederhana.

WhatsApp Image 2023-04-25 at 18.00.55

Menerusi tangkap layar daripada hantaran video di Tik Tok miliknya.Tik Tok/@dindabeeya

Menerusi satu perkongsian daripada hantaran video di Tik Tok, Dinda Beeya yang menghasilkan video kesedaran kepada orang ramai dalam membantu gelandangan dan golongan miskin bandar.

Dalam video itu memperlihatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama anak muda Malaysia yang dianjurkan oleh BigBrother Malaysia dalam program memberi makanan dan baju raya kepada asnaf dan gelandangan di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian video tersebut, ramai gelandangan yang hadir menerima bantuan daripada BigBrother yang aktif memberi sumbangan kepada warga gelandangan.

Jelas kelihatan wajah mereka yang penuh gembira dan terharu dengan adanya bantuan seperti itu serba sedikit dapat membantu warga gelandangan yang tidak mampu untuk membeli baju raya sempena bulan syawal.

Amalan mulia yang dilakukan itu bukan sahaja mendapat berkat di bulan Ramadan tetapi turut meringankan beban warga gelandangan yang sewajarnya menerima bantuan seperti pakaian dan makanan berikutan dengan kehidupan mereka yang sangat daif dan miskin. Oleh itu, amalan mulia ini sepatutnya menjadi teladan kepada NGO yang lain.

Oleh itu, kerja-kerja kebajikan perlu diamalkan bagi membantu gelandangan dan golongan miskin bandar agar mereka tidak terus disisihkan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram