DRAMA konflik rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof terus bersambung apabila pengarah popular itu menukar fikiran dan tidak melafazkan cerai.
Syamsul atau nama lengkapnya Muhammad Syamsul Yusof, 39, yang seharusnya melafazkan talak secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Disebabkan itu, prosiding dipercayai akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Iliyas.
Syamsul Yusof bersama isteri dan anak-anaknya.
Sebelum ini, pasangan itu dijangka akan berpisah secara baik selepas mencapai kata sepakat mengikut terma nafkah anak, mutaah, nusyuz, dan harta sepencarian.
Puteri Sarah dilaporkan memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu gagal menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram