SELEPAS mengalahkan pencabar liga terdekat iaitu pasukan Sabah FC dengan gol kemenangan 2-0 di laman sendiri, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yakin untuk beraksi cemerlang dalam perlawanan seterusnya.
Pencapaian itu merupakan kemenangan yang julung kalinya dalam aksi saingan liga super yang mana KL City FC berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.
Ketajaman jentera serangan berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan skuad Sang Badak apabila pemain tengah KL City FC, Saravanan Thirumurugan berjaya membolosi gawang pihak lawan pada minit ke-15 dan tidak lama selepas itu, gol kemenangan pada minit ke-90 oleh Sean Giannelli sekali lagi berjaya merobek kubu pertahanan Sabah FC sekali gus menundukkan pasukan itu.
Kamal Azizi perlu tingkatkan mutu permainan dalam perlawanan menentang Kedah FC.
Namun begitu, aksi persembahan yang ditampilkan oleh Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri di bahagian pertahanan kanan rata-rata tidak memuaskan hati penyokong.
Pemain yang berasal dari Kuala Berang, Terengganu, itu dilihat terlalu selesa dengan ketiadaan saingan di posisinya sehingga ada yang berasakan tahap permainannya sedikit merosot.
Kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan kanan itu membuatkan para penyokong mula tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan olehnya dalam perlawanan saingan liga super.
"Suruh si Azri Ghani dan Kamal Azizi itu perbaiki communication, gila betul minit ke-90 tadi," kata Lolan Headwood.
"Kamal Azizi buat dummy macam itu, kesian keeper, hampir- hampir Sabah dapat gol. Apa pun terbaik, tiga point pertama di laman sendiri," kata Hanefz Nefzz.
"Mamat ini makin lama makin banyak mistake sekarang ini, selesa sangat kot setiap perlawanan asyik main," kata Syazrul Effendy Ibrahim.
Kelemahan benteng pertahanan KL City FC sudah pasti akan memberi peluang kepada pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk membawa pulang tiga mata penuh di halaman sendiri.
Oleh itu, pengendali KL City FC, Bojan Hodak perlu memastikan corak permainan dalam perlawanan seterusnya lebih agresif dari segi serangan untuk menghancurkan benteng pertahanan pihak lawan agar dapat membawa pulang tiga mata penuh.
KL City FC bakal berkunjung ke Stadium Darul Aman dalam perlawanan kesembilan menentang KDA FC pada 18 April. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram