Pernah dua kali robek gawang JDT, belum tentu bekas awang import Kedah dapat buat benda sama musim ini


  • Podium
  • Sabtu, 15 Apr 2023

Kedah FC perlu memantapkan lagi jentera serangan bagi membantu pasukan itu berada pada kedudukan yang selesa musim ini. — Facebook/KDA FC

KEKALAHAN memalukan yang dialami Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika menentang pasukan gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) pastinya meninggalkan mimpi buruk kepada penyokong Sang Kenari apabila terlalu yakin dapat mematahkan pertahanan pasukan Harimau Selatan itu.

Kegagalan dalam meledak sebarang jaringan dalam perlawanan tersebut membuktikan bahawa jentera serangan pasukan Utara tanah air itu masih merisaukan.

Penyerang utama KDA FC, Willian Lira hanya mampu menyumbang tiga gol dalam lapan perlawanan saingan Liga Super manakala seorang lagi pemain kelahiran Brazil, Jonathan Balotelli meledak dua gol.

WhatsApp Image 2023-04-14 at 21.07.12

Pak Ngah pernah mencatat rekod dengan jaringan dua gol ketika menentang JDT.

Walaupun menyumbang dari segi jaringan, namun kedua-dua mereka dilihat tidak membantu KDA FC untuk berada dalam kedudukan yang selesa dalam carta liga.

Jadi, tidak hairanlah apabila secara tiba-tiba, ketajaman bekas penyerang import, Ronald Ngah Wanja atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ketika bersama skuad Sang Kenari mula dikenang oleh penyokong.

Hal ini kerana barisan penyerang skuad Sang Kenari tidak mempunyai ketajaman seperti yang ditampilkan oleh Pak Ngah itu.

Pemain yang berasal dari Cameroon itu menjadi sebutan penyokong apabila pernah berjaya merobek gawang JDT sebanyak dua kali ketika aksi di tempat lawan dan di Stadium Darul Aman, Kedah musim lepas.

"Ambil balik Wanja, set dengan Thiago (Augusto) baru sesuai," kata Zambri Yatim.

"Pak Ngah dua perlawanan dua biji jaringan," kata Md Bj.

Namun begitu, ada penyokong yang mengatakan bahawa Ngah Wanja sukar untuk mengulangi kembali rekod tersebut apabila perlu berdepan dengan pemain utama Harimau Selatan yang menyerlah musim ini.

"Wanjah itu season lepas, kalau musim ini, dia kena jumpa dengan Jordi Amat dengan Feroz (Baharudin)," kata Nik Hanis Ariffin.

Tambahan pula, Harimau Selatan hanya bolos satu kali ketika menentang Kelantan FC hasil jaringan Leonardo Rolon selepas lapan aksi Liga Super setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram