Penggunaan nikotin dalam rokok elektronik, apa implikasinya?


  • Sihat
  • Isnin, 17 Apr 2023

Walaupun mempunyai perbezaan tetapi tetap mendatangkan kesan buruk kepada pengguna.

KETAGIHAN kepada produk tembakau bukanlah satu kemalangan namun ia adalah satu kejadian yang menunggu untuk berlaku.

Produk tembakau mengandungi bahan kimia yang dipangil nikotin dan bahan tersebut yang mewujudkan kebergantungan, keinginan, gejala yang tidak menyenangkan dan tidak bertanggungjawab apabila seseorang mencuba untuk membuang tabiat merokok.

Nikotin dalam jumlah yang lebih tinggi adalah bahan kimia beracun dan keracunan tersebut diketahui berlaku dalam kalangan petani tembakau yang mengendalikan daun tembakau basah untuk mengawal perosak dan serangga di ladang mereka dan ia diharamkan kerana boleh menyebabkan keracunan melalui produk ladang.

niko

Nikotin mewujudkan kebergantungan dan keinginan individu yang merokok.

Walaupun mempunyai jumlah yang kecil terdapat dalam rokok, nikotin akan memasuki aliran darah hanya dalam beberapa saat setelah disedut dan menyebabkan pembebasan dopamin di dalam otak serta neurotransmitter yang berada di sebalik perasaan menyenangkan yang sudah biasa dialami oleh perokok.

Lembaga Racun di bawah Kementerian Kesihatan melalui Akta Racun 1952, walaupun terdapat bahan kimia yang digunakan dengan tujuan perubatan tetapi ia mempunyai penyediaan rangka kerja awal selia yang melarang atau mengawal pengeluaran dan pengedaran bahan kimia tersebut.

Oleh itu, nikotin diklasifikasikan sebagai racun kumpulan C yang terkawal dan hanya kakitangan berlesen sahaja boleh terlibat dalam sebarang transaksi iaitu pengeluaran, pendispensan dan penjualannya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, apabila nikotin didapati mempunyai beberapa kegunaan perubatan terutamanya dari segi bentuk tampalan, gusi dan lozenges untuk terapi berhenti merokok, klasifikasi itu berguna dalam memastikan hanya kakitangan kesihatan berlesen seperti doktor, ahli farmasi dan doktor gigi mempunyai akses kepada produk-produk nikotin untuk digunakan pada pesakit mereka.

Untitled design - 1

Selvaraja mempunyai pengalaman yang luas dalam amalan farmasi awam dan swasta.

Menurut Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan Taylor’s University, Selvaraja Seerangam, pewartaan cecair atau gel yang mengandungi nikotin sebagai barangan yang akan dikenakan duti eksais dan pengecualian sediaan nikotin yang digunakan dalam peranti rokok elektronik daripada Senarai Racun di bawah Akta Racun 1952 telah mencetuskan gelombang kejutan di negara.

Hal ini kerana, kerajaan memutuskan untuk menghalalkan penggunaan nikotin dalam industri e-rokok dan vape kerana ia dilihat sebagai sektor ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan besar yang bernilai RM2.5 bilion pada tahun 2022 kepada pendapatan negara berikutan anggaran 1.5 juta pengguna vape.

Namun begitu, pengalaman di negara lain telah menunjukkan bahawa ia menimbulkan ancaman kepada kesihatan awam iaitu ramai yang memberi amaran agar tidak menolak vape kerana kononnya ia lebih rendah risiko berbanding dengan rokok.

vape

Anggaran 1.5 juta pengguna vape yang dicatatkan.

Vaping adalah fenomena yang agak baharu telah menyebabkan banyak negara tidak bersedia walaupun melaksanakan beberapa jenis perundangan dengan cepat, ia tetap tidak mencukupi untuk membendung gelombang wabak vape melanda seluruh penduduk dengan golongan belia sangat terdedah.

Menurut Selvaraja, pada tahun 2019, dunia menyaksikan wabak EVALI (kecederaan paru-paru berkaitan dengan penggunaan e-rokok atau vape) yang mengakibatkan kemasukan ke hospital seterusnya kematian di beberapa negara terutamanya di Amerika Syarikat dan perkara itu mendedahkan tentang kesan jangka panjang vape serta penggunaan nikotin dalam rokok elektronik.

Dengan ketidakpastian meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang merangkumi pelan Generational End Game (GEG) yang digembar-gemburkan sudah pasti keadaan itu berbahaya yang boleh mencetuskan situasi membimbangkan.

Ini kerana tiada pengawalan ke atas penggunaan nikotin dalam peranti vape, umur pengguna, jumlah nikotin dalam penyediaan, dan kekurangan sebarang langkah perlindungan untuk melindungi orang ramai.

Selvaraja juga berkata, kerajaan perlu menyediakan rangka kerja perundangan yang akan membantu melindungi orang ramai daripada kesan buruk penggunaan peranti vape yang penuh nikotin dan memastikan rangka kerja baharu tersebut cukup fleksibel untuk menampung perkembangan baharu dalam pengetahuan klinikal dan cabaran yang disebabkan oleh inovasi dalam industri vape itu sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram