MENJELANG Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu ramai yang merindui momen berhari raya di kampung halaman.
Tidak dinafikan, perasan tersebut tidak sama dengan berjumpa secara fizikal berbanding berhubung melalui panggilan video.
Hal ini kerana, memandangkan tiada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, mesti ramai yang tidak mahu lepaskan peluang untuk pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.
Sudah pasti setiap orang mempunyai aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang Aidilfitri agar kemeriahan dapat dirasai pada hari yang penuh bermakna bagi umat Islam.
Amalan memberi duit raya lebih mengeratkan hubungan silaturahim. — Gambar Hiasan
Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah mengumpul sampul raya. Kebiasannya orang Melayu akan memberikan duit raya kepada tetamu yang datang menziarahi rumah.
Oleh itu, ramai yang merebut peluang itu untuk mengumpul pelbagai jenis sampul dengan cara perlu menziarahi rumah keluarga, saudara dan jiran tetangga untuk mendapatkan sampul tersebut.
Tambahan pula, sudah pasti kanak-kanak mempunyai kelebihan untuk memperolehi lebih banyak sampul raya kerana tidak perlu malu atau segan untuk meminta kepada orang yang lebih dewasa atau sudah berkahwin.
Kemeriahan malam raya dengan percikan bunga api. —Gambar Hiasan
Selain mengumpul sampul raya, bermain bunga api juga merupakan hal yang biasa dilakukan ketika menyambut Hari Raya.
Sudah tentu percikan bunga api yang berwarna-warni memeriahkan lagi suasana sambutan raya itu dengan gelagat kanak-kanak yang berkumpul dan bermain bersama-sama.
Namun begitu, bermain bunga api dibenarkan tetapi jangan sampai mengganggu ketenteraman orang awam atau jiran tetangga. Ini kerana, bunga api dikategorikan sebagai bahan letupan Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD).
Lemang antara makanan yang wajib ketika raya. — Gambar Hiasan
Di samping itu, penyediaan makanan tradisi seperti lemang juga boleh dianggap sebagai aktiviti sempena raya. Ini kerana, lemang merupakan warisan turun temurun yang tidak boleh dilupakan.
Tambahan pula, penyediaan makanan tersebut bukanlah mudah dan mempunyai cara tersendiri. Sudah pasti untuk menghasilkan lemang memerlukan masa yang lama untuk dimasak namun akan berpuas hati dengan rasa yang sedap dan berlemak.
Oleh itu, kebiasaanya orang tua dan dewasa akan bekerjasama untuk menyediakan makanan tersebut. Kanak-kanak juga boleh turut membantu dengan cara mencari daun pisang dan batang buluh.
Sambutan raya ketika bersama keluarga dan sanak saudara dapat mengeratkan hubungan silaturahim kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram