SUDAH pasti ramai yang tidak mengetahui aktiviti yang sesuai dilakukan ketika berada di rumah sepanjang Ramadan.
Selepas selesai hari persekolahan, biasanya kanak-kanak akan penat dan sudah pasti ingin mencari makanan atau minuman walau sedang berpuasa, ibu bapa perlu memberitahu bahawa terdapat aktiviti yang boleh dibuat sambil menunggu waktu berbuka.
Hal ini kerana, aktiviti tersebut sudah pasti akan membuat anak-anak tidak memikirkan mengenai makan atau minum. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bersama keluarga.
Ibu bapa perlu menggalakkan amalan membaca buku dalam kalangan anak-anak.
1. Membaca buku
Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai pilihan utama di rumah ketika berpuasa. Hal ini kerana, meluangkan masa untuk membaca buku adalah tepat ketika berpuasa agar dapat menambah ilmu pengetahuan.
Namun begitu, pemilihan buku amat penting kerana ibu bapa atau kanak-kanak sudah pasti akan merasa bosan jika membaca buku yang mempunyai maksud mendalam yang membolehkan otak tidak berfungsi dengan baik.
Oleh itu, pemilihan buku yang agak senang perlu diutamakan agar seluruh ahli keluarga boleh fokus terhadap buku tersebut dan membaca dengan tenang.
2. Senaman Ringan
Ketika menjalankan ibadah puasa, sudah pasti tubuh badan kita akan menjadi lemah kerana tidak mempunyai tenaga dalam badan.
Walaupun sedang berpuasa, ia bukan bermaksud tidak boleh melakukan sebarang senaman, bersenam dibolehkan tetapi perlu memilih aktiviti yang ringan sahaja antaranya berbasikal, yoga dan kardio, selain berlari-lari anak bersama anak masing-masing di sekitar rumah.
3. Membersihkan rumah
Membersihkan rumah adalah hal yang perlu dilakukan kerana kita tidak mengetahui bila tetamu akan berkunjung, antara perkara yang boleh dilakukan ialah membersihkan halaman rumah, ruang tamu, dapur dan sebagainya.
Selain itu, apabila tiba bulan Ramadan, sudah pasti setiap umat Islam akan menanti kedatangan Syawal. Aktiviti membersihkan rumah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh seluruh keluarga agar kelihatan cantik dan kemas mata memandang.
Oleh itu, adalah baik jika membersihkan rumah menjadi rutin harian sambil menunggu Hari Raya Aidilfitri tiba.
4. Melakukan hobi
Setiap orang mempunyai hobi yang diminati dalam kehidupan seharian dan bulan puasa menjadi waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti kegemaran tersebut.
Bagi mereka yang suka akan tanaman terutamanya golongan ibu, anda boleh menggantikan pasu, menyiram atau mencantas bunga tanaman tersebut. Selain itu, anda juga boleh menyusun semula tanaman hiasan di halaman rumah agar kelihatan cantik dan kemas pada Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, anda juga boleh menonton pelbagai filem di rumah terutamanya melalui langganan Netflix yang mempunyai pelbagai pilihan dan sesuai apabila ditonton bersama keluarga.
Oleh itu, terdapat banyak aktiviti yang boleh dibuat sepanjang bulan puasa dan ia bergantung kepada kerajinan anda untuk melakukan sesuatu aktiviti. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram