Tibi tersebar melalui batuk atau air liur


  • Sihat
  • Isnin, 10 Apr 2023

Pesakit tibi perlu mendapatkan rawatan dari pakar dan kekalkan gaya hidup sihat.

TUBERKULOSIS atau lebih dikenali sebagai tibi merupakan penyakit melemahkan badan dan dianggap sebagai penyakit lama tetapi hakikatnya masih wujud sehingga kini. Tibi adalah endemik di Malaysia sama seperti demam denggi dan Covid-19.

Sudah pasti semua rakyat Malaysia mempunyai parut bahagian atas lengan kiri kerana menerima suntikan vaksin Bacille Calmette-Guerin (BCG) yang diberikan ketika bayi dan di sekolah rendah. Suntikan tersebut adalah untuk melindungi kita daripada tibi dan merupakan salah satu program imunisasi Malaysia.

Walaupun suntikan tersebut melindungi kita namun keberkesanannya semakin berkurang dari tahun ke tahun kerana apabila meningkat dewasa, ramai di kalangan kita tiada imuniti.

Secondary tuberculosis in lungs and close-up view of Mycobacterium tuberculosis bacteria, 3D illustration

Paru-paru yang dirujuk sebagai (PTB) adalah organ yang sering diserang.

Tibi berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis yang akan menyerang bahagian berbeza pada tubuh badan. Paru-paru yang dirujuk sebagai tuberkulosis paru-paru (PTB) adalah organ yang sering diserang. Tuberkulosis ekstrpulmonari (EPTB) adalah istilah yang digunakan sebagai kategori tibi iaitu bahagian nodus limfa, tulang dan pada usus.

Golongan yang mudah terdedah dengan jangkitan tersebut ialah orang tua, pesakit kencing manis, steroid kronik, penghidap HIV, kanak-kanak dan pekerja asing yang tinggal di ruang kediaman sesak kerana bakteria mudah disebarkan.

Antara simptom utama PTB ialah batuk kronik, kuat berpeluh pada waktu malam, penurunan berat badan dan peningkatan suhu badan pad waktu petang.

Dalam manifestasi EPTB, penyakit tibi dapat dilihat melalui nodus limfa yang membengkak, sakit belakang kronik, tulang rapuh dan perut sensitif serta jika sudah menjangkiti otak, ia boleh menyebabkan sawan.

Selain itu, untuk ujian tibi boleh ditentukan melalui beberapa cara iaitu untuk PTB, X-ray pada paru-paru akan menunjukkan rongga yang sudah pasti ia adalah tibi namun ujian air liur dan ujian kulit boleh dilakukan.

Dalam kes EPTB, biopsi tulang dan bahagian yang bengkak perlu dilakukan.

Prof Dr James Koh, Head of Division of Medicine, School of Medicine

Dr James mengatakan bahawa pesakit tibi perlu menjaga kebersihan dengan memakai pelitup muka serta basuh tangan dengan kerap.

Menurut Ketua Divisyen Perubatan di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Antarabangsa, Profesor Dr James Koh, tibi tersebar melalui titisan air yang datang dari batuk atau air liur tetapi tidak menular seperti Covid-19.

Oleh itu, peluang untuk dijangkit tibi adalah kurang namun masih boleh berjangkit jika berlaku pendedahan yang berpanjangan dengan kenalan rapat yang merupakan pesakit tibi.

Untuk rawatan tibi adalah mudah tetapi mengambil masa lama. Gabungan empat antibiotik akan dipreskripsi untuk tempoh enam bulan hingga setahun bergantung pada bahagian badan yang terkesan namun terdapat ubat-ubatan baharu berpotensi merawat tibi dalam tempoh tiga bulan tetapi Malaysia belum mempunyai kemudahan tersebut.

Seseorang tidak akan dijangkiti dalam masa 10 hingga 14 apabila mendapatkan rawatan. Jika berada di hospital, pesakit akan diasingkan tetapi tiada tempoh kuarantin yang ditetapkan dan paling penting adalah menjaga kebersihan dengan memakai pelitup muka serta basuh tangan dengan kerap.

Di samping itu, Profesor James juga berkata, walaupun tiada suntikan penggalak untuk meningkatkan tahap imuniti terhadap tibi namun cara terbaik untuk mengelak adalah dengan memastikan gaya hidup sihat. Seseorang yang sihat dengan sistem imun yang baik sepatutnya dapat melawan virus tibi dengan sendirinya.

Tambahannya pula,apabila anda sudah sihat, jagalah pemakanan, bersenam dan jangan merokok kerana anda masih boleh dijangkiti dan menjadi lebih buruk selain tibi boleh meninggalkan parut pada paru-paru yang akan mengekang kapasiti seseorang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram