Kepulangan legenda JDT ditolak mentah-mentah penyokong Perak FC


  • Podium
  • Isnin, 10 Apr 2023

Skuad Perak FC sudah pasti ingin memberikan tentangan kepada pasukan KL City.

KEDUDUKAN Perak FC dalam saingan Liga Super 2023 agak membimbangkan kerana berada di tangga keempat terakhir carta liga dengan hanya mengutip lima mata daripada tujuh perlawanan.

The Bos Gaurus bakal melakukan transformasi pada jendela perpindahan dengan membawa masuk beberapa pemain baharu bagi mengukuhkan pasukan yang agak malang itu.

Hal ini kerana, penyokong mencadangkan untuk membawa masuk pemain yang berpengalaman bagi membuktikan kebolehan skuad itu setanding dengan pasukan lain yang sedang menunjukkan taring masing-masing ketika ini.

Ini kerana Perak FC kendalian Datuk Lim Teong Kim hanya menurunkan pemain muda untuk memantapkan jentera serangan.

WhatsApp Image 2023-04-09 at 20.53.38

Farizal masih diberi kepercayaan untuk membantu skuad Perak FC dalam membawa pulang tiga mata.—Instagram/far1zalmarl1as

Oleh itu, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) mula disebut-sebut para penyokong untuk menggantikan penjaga gol sedia ada dalam membantu skuad Perak FC membawa pulang tiga mata penuh.

Antara pemain yang menjadi pilihan penyokong pasukan The Bos Gaurus ialah Farizal Marlias yang kini berkhidmat dengan kelab JDT.

Pemain 37 tahun itu memilik kelebihan dalam membaca taktik dan serangan musuh agar menutup peluang pihak lawan daripada membolosi gawang.

Namun begitu, rata-rata penyokong tidak bersetuju dengan perpindahan legenda penjaga gol pasukan JDT walaupun secara pinjaman. Hal ini kerana, faktor umur menjadi punca dia tidak diterima oleh segelintir penyokong Perak FC.

"Pulangkan balik, nak buat apa, ingat dia boleh tangkap semua bola ke, buat malu sahaja kalau banyak bolos, ingat ada dia ini Perak boleh naik kah, kalau player tidak apa juga, ini keeper," kata Daus Aina.

"Sudah tua, banyak silly mistakes dia buat masa game Harimau Malaya, decision making pun teruk, masa muda dulu okay dia ini," kata Min MYmin.

"Nak buat apa dia ini, bahan buangan, sudah parah ini, barang orang sudah tak guna, lusuh dengan bangga orang Perak pergi ambil buat apa," kata Ibrahim Yem.

The Bos Gaurus bakal bertandang ke Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 10 April untuk memberi tentangan kepada pasukan Kuala Lumpur City agar dapat membawa pulang tiga mata penuh di halaman pihak lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram