PENGARAH, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur untuk sebutan ke nusyuz yang difailkan ke atas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana pada Khamis.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi bersama peguamnya, Azmi Mohd Rais.
"Doa yang baik-baik," ujarnya ringkas.
Dalam pada itu, Puteri Sarah diwakili oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader kerana tidak hadir ke mahkamah.
Sebelum ini, pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu memfailkan tuntutan nusyuz ke atas Puteri Liyana atas beberapa tuntutan antaranya fitnah dan menghubungi bekas kekasih.
Puteri Sarah turut memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 5. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram