Tiga pelajar Malaysia diterima masuk ke Harvard


Tiga pelajar Malaysia itu diterima masuk untuk melanjutkan pengajian di Universiti Harvard.

PENDIDIKAN amat penting untuk menjamin masa depan seseorang individu tanpa mengira bidang yang dipelajari di mana-mana kolej atau swasta.

Tiga pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya diterima masuk ke salah sebuah universiti terkemuka di dunia iaitu Universiti Harvard pada 2027. Lebih 102 negara bersaing untuk menghantar pelajar mereka memasuki Kolej Harvard dan 14.5 peratus sahaja yang diterima masuk daripada 1,942 pelajar yang memohon.

Tiga pelajar antarabangsa tersebut ialah Ho Shu Xin yang berasal dari Ipoh, Perak; Pua E Rick dan Sydny Lum Shen Li masing-masing dari Kuala Lumpur. Ho menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent, Ipoh. Dia juga merupakan seorang sarjana Yayasan Khazanah dan berhasrat untuk mengambil jurusan Psikologi Pendidikan.

Di samping itu, Pua menamatkan SPM di Sekolah Menengah Sri KDU dan akan melanjutkan pelajaran dalam Sains Biologi yang juga akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Biologi.

Manakala, Lum menamatkan persekolahan International General Certificate of Secondary Education (IGCS) di Cempaka International School (GIS) dan merupakan seorang sarjana GIS yang merancang untuk mengambil jurusan Ekonomi.

Di samping itu, Ho dan Pua sedang menamatkan A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM). Manakala, Lum merupakan pelajar di Garden International School (GIS).

Menurut penemuduga alumni Harvard, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob berkata, universiti itu mencari pelajar yang mempunyai berpotensi untuk memberi manfaat kepada akses kepada sumber di Harvard dalam mencipta perubahan positif bagi dunia.

"Mereka adalah pelajar yang telah mencapai sesuatu dengan sumber yang ada pada masa ini kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang atau aktiviti tertentu," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram