Lupakan Ivan Mamut, Tomi perlu letakkan kepercayaan kepada gandingan Asean-Afrika


  • Podium
  • Jumaat, 31 Mac 2023

Ivan Mamut gagal menepati reputasi sebagai peledak import berbisa skuad Sang Penyu. — Instagram/ivanmamut31

KEDUDUKAN Terengganu FC (TFC) berada di tangga kesembilan Liga Super dengan sekadar mengutip empat mata meletakkan kelab Pantai Timur itu dalam krisis untuk mencari rentak terbaik dalam Liga Super mnusim ini.

Sudah pasti pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner mula merasakan tekanan apabila corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad TFC amat mengecewakan.

Penyokong sering menyalahkan jentera serangan apabila sekadar mampu menjaringkan dua gol sahaja dalam lima perlawanan. Hal ini kerana, penyerang TFC dikatakan belum cukup kental untuk merobek benteng pertahanan pihak lawan.

Antara pemain yang sering menerima kecaman ialah penyerang TFC, Ivan Mamut kerana selama lima perlawanan berlangsung, dia tidak pernah memanfaatkan kelebihan sebagai penyerang untuk membolosi gawang musuh walaupun sering diturunkan oleh jurulatih TFC itu.

WhatsApp Image 2023-03-30 at 23.37.26

Mintah menampilkan aksi persembahan yang cemerlang menarik perhatian penyokong. Instagram/jordan_mintah28

Rata-rata penyokong berpendapat untuk menggantikan Ivan Mamut dengan pemain import Ghana, Jordan Mintah kerana menampilkan aksi persembahan dengan mencatatkan empat gol buat skuad Kuala Lumpur (KL) City sepanjang menjadi pemain pinjaman.

Selain itu, gandingan penyerang Mintah dan Adisak Kraisorn menjadi bualan apabila menampilkan aksi persembahan yang cemerlang sepanjang perlawanan yang diturunkan.

Jadi, dengan mereka ketika ini sedang cuba menambah baik kedudukan dalam carta Liga Super, aksi berdepan Kelantan United merupakan peluang yang perlu diambil skuad Sang Penyu.

Kedudukan skuad Kijang Hijau yang berada di tangga terakhir Liga Super apabila ditewaskan dalam empat perlawanan dan hanya mampu seri iaitu ketika menentang skuad Perak FC.

Aksi perlawanan antara TFC menentang Kelantan United, sudah pasti memberikan kelebihan kepada skuad Sang Penyu untuk memperolehi kemenangan kedua, sekali gus mengutip tiga mata di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Namun begitu, rata-rata penyokong sekali memberi pendapat bahawa Tomislav perlu meletakkan kepercayaan ke atas gandingan Mintah dan Adisak, sekali gus menepikan Mamut bagi meningkatkan peluang mereka mendapatkan tiga mata penuh.

Ia berdasarkan satu foto yang dikongsikan seorang penyokong TFC, Iqie Muhammad dengan memaparkan kedua-dua penyerang itu sedang menikmati makan malam.

" Mintah ada saingan, harap lepas perlawanan seterusnya digandingkan dengan Adisak, tak mahu tengok Pusic dengan Liridon makan angin," kata Iqie Muhammad.

Hantaran itu jelas menarik perhatian rata-rata peminat setia pasukan yang juga percaya kerjasama antara dua pemain import tersebut mampu membantu merobek gawang Kelantan United.

"Mintah, Adisak, Habib dan Sardor cukup sudah kalau bawa masuk, import lain kena belajar lagi," kata Nawiey Amri.

"Harap Adisak main baik sikit dengan Mintah, jangan terikut-ikut dengan corak permainan yang tidak baik," kata Rahmat Mamat.

"Pendapat aku, kena bawa masuk penyerang ini main bersama, Insyallah akan menjadi gandingan mantap," kata Cucu Cicit Adam.

Untuk rekod, Mintah sudah bersama-sama skuad Sang Penyu sejak 2020, namun pada awal musim bersama Terengganu, dia hanya diturunkan dalam skuad TFC II sementara Adisak pula merekod satu gol buat TFC ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram