Kecoh Vin Diesel tukar kerjaya, tiba-tiba jual kunafa di bazar Ramadan di JB


  • Tular
  • Selasa, 04 Apr 2023

Dom versi Malaysia dikesan sedang berniaga di bazar Ramadan.

JIKA anda seorang yang meminati siri filem Fast and Furious sudah pasti mengenali pelakon utamanya yang membawa watak Dominic Toretto.

Watak Dominic, atau dikenali sebagai Dom itu dimainkan pelakon popular, Vin Diesel yang dikehendaki polis kerana kegiatan lumba haram di jalan raya selain melakukan kekacauan.

Jadi, tidak hairanlah apabila kecoh baru-baru ini di media sosial seorang lelaki mirip Dom sedang berniaga di Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Melalui perkongsian video di media sosial yang berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang lelaki botak dan bertubuh sasa sedang menjual makanan Timur Tengah, kunafa sambil memakai baju berkolar putih yang ketat di sebuah gerai bazar berkenaan dan ia sekali gus mengundang tanda tanya warga maya.

Kejadian yang berlaku di Johor itu mendapat 2.5 juta tontonan di TikTok yang mana warga maya turut terhibur dengan gaya lelaki tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan komen mencuit hati setelah melihat video tersebut mengatakan Dom Toretto juga terjejas disebabkan kos sara hidup yang tinggi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram