Michelle Yeoh bertemu peminat Malaysia di Pavilion, KL pada 18 April


  • Hiburan
  • Isnin, 03 Apr 2023

Michelle Yeoh akan muncul bertemu peminat di Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April depan.

BERJAYA mencipta sejarah apabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh dijadualkan akan bertemu dengan peminat di Malaysia tidak lama lagi.

Beliau akan hadir dalam sebuah acara, Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet pada 18 April di Pavilion Kuala Lumpur pukul 4 petang.

Michelle, 60, mencipta sejarah apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 di Los Angeles bulan lalu sekali gus menjadi pelakon dari Asia pertama yang berjaya dinobatkan gelaran tersebut.

Ucapannya saat menerima anugerah turut menjadi salah satu pembakar semangat di seluruh dunia terutama rakyat Malaysia.

"Untuk anda semua yang kelihatan seperti saya dan pada menonton malam ini, anda semua jangan pernah berhenti berharap. Ini adalah bukti, impian besar, dan impian menjadi kenyataan.

“Saya perlu mendedikasikan (anugerah) ini kepada ibu saya, semua ibu di dunia kerana mereka benar-benar wira-wira, dan tanpa mereka, tiada seorang pun daripada kita akan berada di sini malam ini.

"Saya bawa pulang ini kepadanya. Dia sedang menonton sekarang di Malaysia, KL, bersama keluarga dan rakan-rakan saya. Saya sayang kamu semua. Saya bawa pulang ini kepada kamu," katanya di atas pentas pada malam tersebut selepas menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Untuk rekod, Michelle memenangi anugerah terbabit menerusi filem Everything Everywhere All at Once. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram