SIAPA sangka seorang anak mampu mencetus inspirasi buat ibunya bertanding temasya Sukan SEA dengan harapan akan membawa pulang pingat emas menjelang Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei.
Suntikan semangat daripada anak sudah pasti akan meyemarakkan lagi untuk membuat sesuatu dengan lebih bersungguh-sunggguh agar memenangi setiap pertandingan yang diikuti.
Begitulah kisah seorang ibu,Tahira Najmunisaa Mohd Zaid yang tidak perlu mencari inspirasi dalam usahanya untuk memenangi pingat emas dalam acara duathlon Sukan SEA di Kemboja.
Tahira akan berbasikal sejauh 20 km dalam perlumbaan di Kemboja.
Ibu berusia 33 tahun itu mendapat kekuatan dan keberanian daripada empat anaknya sendiri terutama anak bongsu, Sharifah Daniaa Abdul Rahman untuk sentiasa cemerlang dalam bidang sukan.
Walaupun dilahirkan dengan kecacatan jantung kongenital dan menjalani dua pembedahan jantung sejak lima bulan lalu, Daniaa yang berusia tujuh tahun itu tetap sentiasa ceria seperti tiada apa-apa berlaku terhadap dirinya. Melalui cabaran yang dihadapi oleh anak bongsunya itu, ibu empat anak itu menjadikan ia sebagai inspirasi dalam perjalanannya mengatasi halangan untuk mengejar kecemerlangan.
"Anak bongsu saya dilahirkan dengan tujuh lubang di jantungnya. Dia menjalani pembedahan kedua baru-baru ini tetapi tidak menangis. Dia tidak marah dan kekal bersemangat walaupun terpaksa melalui situasi begitu pada usianya.
"Setiap kali saya keletihan atau bergelut dalam latihan ketika bulan puasa ini, saya akan melihat anak perempuan saya dan memberitahu diri sendiri bahawa cabaran dalam sukan tidak apa-apa jika dibandingkan dengan perjuangannya dalam hidup sebagai pesakit jantung.
"Dia memberi inspirasi kepada saya untuk kekal positif, jika dia boleh menangani keadaannya, tidak ada sebab untuk saya tidak melakukan yang terbaik," kata Tahira yang berasal dari Manjung, Perak itu.
Di samping itu, Tahira membuat kejutan dengan memenangi pingat perak duathlon dalam penampilan sulungnya dalam Sukan SEA di Hanoi tahun lepas.
Oleh itu, dia perlu lebih bekerja keras untuk persediaan Kemboja. Hal ini kerana, dia akan menyertai acara pecut yang melibatkan larian 5 kilometer (km), 20 km berbasikal dan larian tambahan 2.5 km.
Sebagai rekod, dia mengambil bahagian dalam acara standard termasuk larian 10 km,berbasikal 40 km dan larian tambahan 5 km pada Sukan SEA di Hanoi Mei lalu.
"Saya perlu mengubah keseluruhan program latihan saya untuk Sukan SEA ini, pada asasnya saya hanya pelari endurance tetapi saya terpaksa beralih kepada teknik larian letupan kerana penganjur akan menggunakan format pecut.
"Bukan mudah untuk berada di podium dalam perlawanan kedua Sukan SEA,namun di bawah latihan bersama jurulatih peribadi saya iaitu Rupert Chen akhirnya menampakkan hasil kerja keras walaupun sukar.
"Saya juga berharap dapat melakukannya dengan baik dengan sokongan padu daripada keluarga dan juga penaja," kata Tahira.
Tambahan pula, pada bulan Ramadan,dia akan menjalani sesi latihan tiga kali sehari seperti melakukan aktiviti seperti berlari, pergi ke gim pada waktu siang dan akan berbasikal pada waktu petang.
Sudah pasti latihan yang dijalankan semasa Ramadan agak sukar tetapi apabila dia melihat anak perempuannya, dia akan mendapatkan kekuatan yang luar biasa untuk tetap berlaih dengan lebih bersemangat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram