Fans kecewa pengganti Corbin kurang padu, harap segera bangkit jika mahu ke Piala Asia


  • Podium
  • Khamis, 30 Mac 2023

Aksi persembahan yang ditampilkan raih pujian para penyokong Harimau Malaya. — Instagram/lavco

SKUAD Harimau Malaya berjaya membuktikan kehebatan tersendiri apabila berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Hong Kong dengan skor 2-0 pada Selasa.

Aksi persahabatan antarabangsa Kelas 1 yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu menyaksikan anak-anak buah Kim Pan-gon beraksi dengan cukup baik sepanjang 90 minit permainan.

Dalam aksi perlawanan itu, para penyokong memuji tonggak utama benteng pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Corbin Ong dalam mengemudi skuad kebangsaan.

Walaupun tidak bermain 90 minit permainan, persembahan yang ditampilkan cukup mengagumkan penyokong yang turut hadir dalam perlawanan persahabatan itu.

WhatsApp Image 2023-03-29 at 20.29.36 (1)

Aksi Daniel Ting yang masih lemah perlu diperbaiki. Instagram/dan.s.ting

Namun begitu, rata-rata penyokong tidak berpuas hati apabila jurulatih skuad Harimau Malaya menggantikannya dengan pemain pertahanan Sabah FC, Daniel Ting yang agak lemah dalam minit permainan.

Selain gagal mengeluarkan bola dengan efisien, pemain berusia 31 tahun itu dilihat sedikit gugup setiap kali diberi tekanan daripada pasukan lawan.

Jadi, tidak hairanlah apabila rata-rata penyokong skuad kebangsaan mula meluahkan kekecewaan itu menerusi komen di ruangan media sosial.

"Harap Daniel Ting tingkatkan usaha berlipat ganda mantapkan skill sebelum kempen Piala Asia, sayang kalau tak terpilih hanya kerana skill kurang, kelebihan fizikal nak lawan team Asia Barat itu sudah ada," kata Yolande Gab.

"Kurang sesuai lagi mamat ini, permainan agak lembut dan kawalan bola pun masih tak kemas," kata Kahar Muzafar.

"Untuk performance dia ini macam kurang lagi, Corbin terbaik, mengalahkan Matt Davies di sebelah kanan," kata Abu Zarin Abdul Rahman.

Meskipun hanya memanaskan bangku simpanan, Corbin beraksi dengan cukup baik ketika bertemu Hong Kong, sekali gus mengekalkan reputasinya sebagai pilihan pertama di posisinya setiap kali Harimau Malaya beraksi.

Daniel Ting sebelum ini pernah beraksi bersama JDT, tetapi dia hanya diletakkan dalam skuad simpanan. Hal ini kerana, pihak kejurulatihan kelab kurang yakin akan kebolehannya.

Pemain kelahiran England-Malaysia yang kini mewakili Sang Badak disarankan untuk memperbaiki mutu permainan jika berhasrat bermain untuk skuad kebangsaan pada Piala Asia 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram