80 juadah berbuka puasa menanti di Citarasa Desa by Chef Ana


  • Bizz
  • Khamis, 30 Mac 2023

Citarasa Desa by Chef Ana di Damas Suites & Residences menjanjikan hidangan yang istimewa buat anda sekeluarga.

JIKA anda masih mencari destinasi terbaik untuk menikmati juadah berbuka puasa secara bufet sepanjang Ramadan ini, terdapat destinasi yang sesuai dengan pelbagai menu yang disediakan kepada para pengunjung.

Manalah tahu, anda inginkan kelainan ketika iftar pada Ramadan kali ini sekali gus mencuba sesuatu yang baharu dengan pilihan menu berbeza setiap hari.

edited

Hidangan ala kampung yang disediakan untuk para pengunjung.

Bagi mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang khususnya, Damas Suites & Residences Kuala Lumpur menyediakan hidangan ala kampung bagi mereka yang mahu melepaskan kerinduan terhadap kampung masing-masing.

Kafe itu juga menyediakan makanan tempatan dan barat sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk memilih sendiri juadah berbuka puasa yang diidam-idamkan.

WhatsApp Image 2023-03-30 at 15.11.09

Ayam masak merah yang turut disediakan sepanjang bulan Ramadan.

Lebih 80 jenis hidangan menanti anda sekeluarga antaranya, nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato, lamb chop, masak lemak paku pakis, daging salai, lasagna, ayam masak merah,kari daging,telur puyuh sambal,sayur bayam goreng,sayur kubis,sotong masak kicap,kerabu,ulam-ulaman, sambal,kuih-muih, sate dan banyak lagi menanti anda.

Selain itu, antara minuman yang disediakan ialah seperti teh tarik, cendol, jus roselle dan jus timun asam boi.

WhatsApp Image 2023-03-30 at 15.10.41

Lamb chop menjadi pilihan utama para pengunjung.

Di samping itu, bagi memudahkan pelanggan beragama Islam untuk beribadah di bulan suci ini, Damas Suites & Residences turut menyediakan kemudahan seperti surau, tandas dan tempat letak kereta.

Pengurus Besar Damas Suites & Residences, Sophia Natasha Malik berkata, buat julung kalinya, kafe mereka mengadakan bufet Ramadan sepanjang bulan puasa bermula 27 Mac.

"Bufet Ramadan ini menggunakan konsep Citarasa Desa by Chef Ana yang mana menyediakan hidangan ala kampung air tangan cef Ana sendiri.

"Kalau pengunjung mahu buat majlis, kami turut menyediakan servis perkhidmatan dekorasi ruang acara mengikut tema majlis, kek sambutan majlis, akad nikah dan majlis buka puasa. Lebih menarik adalah pembayaran tersebut hanya berdasarkan bajet anda yang mana harga juga boleh dibincang.

"Kafe ini juga menyediakan hidangan makanan tempatan dan barat agar pengunjung boleh memilih sendiri juadah mereka berbuka. Namun begitu,sarapan dan makan tengah hari turut disediakan," kata Sophia kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-03-30 at 15.09.36

Pulut mangga juga disediakan bagi anda sekeluarga.

Dalam pada itu, cef Ana atau nama sebenarnya Juzana Mat. Rose mengatakan memasak bukanlah minatnya tetapi lama-kelamaan ia menjadi satu kelebihan apabila mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang itu.

"Kalau masak kita kena sepenuh hati walaupun rasa tertekan dan ia normal bagi saya, saya mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang masakan dan pernah bekerja di luar negara seperti Maldives dan Australia," kata Juzana yang berasal dari Kedah.

Lebih menarik lagi, Damas Suites & Residences menyediakan satu tarikan utama Lucky Draw iaitu pengunjung yang berbelanja lebih RM800 ke atas akan mendapat baucar penginapan (Bedroom Deluxe) secara percuma selama dua hari satu malam.

Tempahan pembelian awal (Early Bird) bufet Citarasa Desa by Chef Ana dibuat bermula 27 Mac sehingga 1 April serendah RM69 bagi dewasa sahaja. Manakala, harga tetap bagi kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah dan warga emas 60 tahun ke atas hanya perlu membayar RM69.

WhatsApp Image 2023-03-30 at 15.09.19

Antara pencuci mulut turut dihidangkan untuk para pengunjung.

Jualan harga normal ialah RM98 bagi dewasa sahaja dan kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah adalah percuma bagi kedua harga tersebut.

Selain itu, promosi menjimatkan yang mana anda boleh mendapatkan harga Promosi BELI 9 PERCUMA 1 dengan harga RM98 per pak tidak termasuk Early Bird.

Bufet Ramadan itu bermula 27 Mac hingga 18 April dan beroperasi bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari dan terletak di Plaza Damas 3, Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram