Tuntutan cerai Diana Danielle, Farid Kamil bawa sejambak bunga ke mahkamah


  • Hiburan
  • Selasa, 28 Mac 2023

Tangkap layar pelakon Farid Kamil tiba di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes perceraiannya.

PELAKON Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, tiba di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa bagi sebutan semula kes perceraiannya membabitkan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Berpakaian baju batik berwarna hitam dan bercorak putih sambil ditemani peguamnya, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu turut dilihat memegang sejambak bunga mawar yang difahamkan mahu diberikan kepada isterinya.

"Bunga ini saya nak beri kepada Diana Danielle sebagai tanda pendamaian pertama," katanya.

Sementara itu, Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, terlebih dahulu tiba di mahkamah dengan memakai jubah hitam sambil ditemani pembantu dan pengawal peribadinya pada pukul 9.02 pagi.

"Salam Ramadan," kata Diana Danielle atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, yang turut melambai kepada media.

Pada 20 Mac lalu, media melaporkan, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil pada awal bulan lalu.

Pelakon filem Gol & Gincu 2 itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan keputusan tuntutan permohonan cerai itu akan ditentukan dalam sebutan semula perceraian di mahkamah hari ini.

Pasangan romantis itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram