INDUSTRI hiburan tempatan dikejutkan dengan berita bahawa artis terkenal tanah air, Diana Danielle membuat permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Selangor pada Isnin.
Bagaimanapun menurut laporan media, Farid enggan melafazkan cerai terhadapnya dalam sesi yang berlangsung di mahkamah tersebut.
Susulan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalini proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Diana bersama dua orang anaknya. — Instagram/dianadanielleb
Memetik laporan portal berita, permohonan itu dibuat atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan antara mereka.
Dalam pada itu, pelakon filem Anwar:The Untold Story dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya namun enggan melafazkan talak dalam sesi yang berlangsung di mahkamah tersebut.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram