Penari cilik bakal harumkan nama Malaysia di Piala Dunia


Juara Kelayakan Piala Dunia Tarian bersama barisan penganjur di JKK) Sabah pada Khamis.

PASUKAN Ngalay Yang dari SK Luyang, Kota Kinabalu, Sabah bakal mewakili Malaysia di pentas dunia apabila meraih tempat pertama dalam Kelayakan Piala Dunia Tarian di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada Khamis.

penari sk luyang the star

Pasukan Ngalay Yang dari Sekolah Kebangsaan Luyang Kota Kinabalu.The Star

Pasukan tersebut berjaya menewaskan empat sekolah lain dalam kategori Tarian Kebangsaan dan Cerita Rakyat Kumpulan Kecil Kanak-kanak.

Pengurus kumpulan itu, Noorhayati Awang berkata, pasukan itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh sejak Ogos dan sudah pasti akan memberikan yang terbaik dalam acara tersebut.

Lebih menarik lagi, kumpulan tersebut terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun.

Mereka pernah mengambil bahagian dalam pertandingan tempatan termasuk Kejohanan Tarian Terbuka di Pesta Duang bulan lepas yang mana perlu bersaing dengan orang dewasa.

"Kami mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan itu walaupun hanya terbuka kepada sekolah dalam acara peringkat kebangsaan," kata Noorhayati.

Namun, ia memberi semangat dan dorongan agar tampil berani untuk mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia Tarian dan tidak menyangka rezeki berpihak kepada pasukan dari Sabah itu.

Mereka mempersembahkan tarian Limbai Bajau Sama iaitu persembahan kreatif tarian tradisional etnik Bajau Sama dari utara daerah Kota Belud.

Keindahan pasukan itu ialah penari-penari cilik yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik antaranya Melayu, Cina, Dusun dan Rungus.

Di samping itu, Caelen Lester Mojiliu berkongsi pengalaman yang mana dia menyifatkan dirinya sebagai seorang introvert namun memutuskan untuk mencubanya kerana minat mendalam terhadap tarian tradisional.

"Ibu bapa yang mendorong untuk mengikuti kumpulan itu dan saya berharap dapat pergi ke Eropah untuk bersaing serta mempelajari budaya lain," kata penari berusia 12 tahun itu.

Pasukan itu diangotai oleh Edric Elden Masaba Formon, Putra Aiden Abdullah, Mohammad Ashraf Anuar, Fieyeancy Angel Onievea Junip, Shanellda Jade Nurin, Nur Addera Hasya Mohd Amir, Ezra Ejhez Ezwan Shah dan Dhia Zahra Maisar Asmei.

Sebagai info, pasukan Nyalay Yang akan mewakili Malaysia dan bersaing dalam kategori yang sama di Piala Dunia Tarian Antarabangsa di Braga, Portugal bermula 30 Jun hingga 4 Julai. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram