Khidmat pemain kebangsaan ditagih patahkan serangan Bergson di MBPJ


  • Podium
  • Selasa, 14 Mac 2023

Afro (kanan) mempunyai pengalaman cukup baik di peringkat kelab mahupun negara. — Facebook/Harimau Malaya

JOHOR Darul Takzim (JDT) berjaya mengekalkan kemenangan dalam perlawanan Liga Super selepas meraih tiga lagi mata pada minggu ke-4 dengan mematahkan benteng pertahanan Skuad Kelantan FC 5-1 pada Sabtu.

Namun begitu, Selangor FC dikatakan salah satu pencabar utama berdasarkan kualiti skuad dan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang masih belum tewas sejak mengendalikan pasukan itu.

Baru-baru ini, mereka berjaya meneruskan aksi cemerlang dengan menundukkan Penang FC di tempat lawan menerusi keputusan 1-2 hasil jaringan Ayron del Valle dan Noor Al-Rawabdeh.

Meskipun ia dilihat satu kejayaan, penyokong masih berasa kurang senang dengan aksi berkenaan kerana barisan kejurulatihan tidak menurunkan tonggak pertahanan.

Bek tengah Gergasi Merah, Shahrul Nazeem Zulpakar tidak diturunkan bagi memberi minit permainan kepada rekrut baharu kelab, Khuzaimi Piee.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 23.02.35 (1)

Shahrul Nazeem merupakan seorang yang cukup sesuai untuk mengemudi benteng pertahanan Selangor FC. Facebook/Selangor FC

Kehilangan Shahrul itu menyaksikan benteng pertahanan pasukan sedikit goyah dengan pemain lawan mudah mengasak gawang gol.

Jadi, dengan pemain yang digelar sebagai "Afro" itu sudah mendapatkan rehat secukupnya, dia dijangka diturunkan menentang JDT.

Kehadirannya pasti memberi satu tonik buat Selangor FC dengan skuad Harimau Selatan bakal menurunkan penyerang berbisa, Bergson da Silva dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Selangor itu.

Pandangan tersebut dikongsikan rata-rata penyokong Lembah Klang itu yang sedikit sebanyak merindui kelibat pemain berusia 24 tahun itu.

"Sebenarnya Afro penting walaupun kelakar dalam padang, nampak Khuzaimi goyang sikit duduk sebelah Arab, tapi terbaik. Terima kasih tiga mata," kata Khairul Hakimim Zulkifli.

"Afro tak ada macam kelam kabut sikit dalam pertahanan, biasa sepakan penjuru banyak dia buang," kata Sufian Gosnon.

Bergson dikatakan boleh beraksi semula selepas mengalami kecederaan dan terpaksa direhatkan selama dua perlawanan, iaitu ketika berdepan Negeri Sembilan FC dan Kelantan FC.

Walaupun ketiadaan Bergson dalam dua perlawanan sebelumnya, tetapi Harimau Selatan mempunyai kelebihan pemain simpanan yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram