Legasi perniagaan Omar Ali berdiri megah 88 tahun diterajui generasi ketiga


Natasha dan suaminya dalam Fashion Fest 2023.

KUNCI kejayaan sesebuah perniagaan ialah jangan mudah berputus asa dan sentiasa konsisten meneruskan usaha walaupun terdapat banyak halangan yang perlu ditempuhi.

Legasi perniagaan yang ditubuhkan pada 1900-an menjadi satu kebanggaan buat ahli keluarga yang terlibat dalam perkembangan bisnes tersebut sehingga berjaya berdiri kukuh dalam pasaran.

Omar Ali Boutique merupakan jenama yang ditubuhkan pada 1935 dan kini perniagaan tersebut diteruskan oleh generasi pewaris yang mengekalkan legasi rangkaian busana tradisional.

Kedai pertama dibuka di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Malay Bazaar yang kini dikenali dikenali sebagai Wisma Yakin.

Omar Ali Boutique mempunyai lapan cawangan yang sedia menerima tempahan untuk busana musim perayaan tidak lama lagi. Butik tersebut menjanjikan kain baju yang berkualiti tinggi dan jahitan yang kemas selain Baju Melayu yang boleh direka khas mengikut saiz.

Selain Wisma Yakin, antara cawangannya di sekitar Lembah Klang adalah di Bukit Tunku, Gombak, cSACC Mall (Shah Alam), TTDI dan Shaftsbury Putrajaya Mall.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 18.49.42-2

Legasi perniagaan itu ditubuhkan sejak 1900-an.

Pengurus cawangan Bukit Tunku, Natasha Luisa yang merupakan generasi ketiga bisnes dirintis Omar Ali dan menubuhkan Bespoke untuk lelaki serta Couture bagi perempuan.

Pertama kali dalam sejarah, busana Omar Ali menyertai pertunjukan fesyen Siberturrahim Fashion Fest 2023 di Sime Darby Property KLGCC, Petaling Jaya, Selangor pada awal Mac lalu.

“Sejujurnya kami sangat teruja mengetengahkan koleksi Omar Ali dalam pertunjukan yang pertama kali kami sertai sejak penubuhan butik pada 1935," kata isteri kepada Pengarah Eksekutif, Sulaiman Idris.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 18.49.42

Antara koleksi baju yang dikeluarkan oleh Omar Ali Boutique.

Bagi memenuhi citarasa pelanggan pelbagai usia dan latar balakang, semua cawangan koleksi Omar Ali Boutique menyediakan pelbagai warna agar dapat digayakan sedondon dengan setiap ahli keluarga.

Selain mendapatkannya di butik, tempahan boleh dibuat secara dalam talian untuk baju kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah iaitu bermula dari bayi berusia enam bulan. Namun begitu, saiz S,M, L, XXL dan Triple XL turut disediakan.

Omar Ali Boutique mengeluarkan pelbagai jenis koleksi antaranya Baju Melayu, Baju Kurung Moden, Kurta, Klasik, Tradisional, Sedondon, Jubah dan pelanggan juga boleh membuat tempahan mengikut rekaan yang diidamkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram