Lebih 500 peminat serbu Morning Morning Suria Belanja Makan 


  • Hiburan
  • Rabu, 15 Mac 2023

Peminat kawasan Lembah Klang dan sekitar Selangor memberikan sokongan kepada usaha Suria FM Belanja Makan menerusi segmen Morning Morning Suria.

KEMERIAHAN acara Morning Morning Suria Belanja Makan yang diadakan di Lembah Klang berlangsung dengan penuh meriah apabila lebih 500 peminat Suria FM berkumpul selama dua hari berturut-turut bermula Sabtu.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, cara tersebut merupakan salah satu inisiatif Suria FM untuk berkongsi rezeki bersama pendengar khususunya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah ini merupakan siri kedua Morning Morning Suria Belanja Makan. Pada kali ini sambutan agak luar biasa daripada para peminat yang sudi hadir memeriahkan acara.

“Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama barisan penyampai Morning-Morning Suria. Peminat juga berjaya menangi sebahagian RM3,000 menerusi sesi soal jawab mudah bersama barisan penyampai.

majoriti2023 (15)

Penyampai Morning Morning Suria bersama sebahagian daripada peminat yang hadir memberi sokongan.

“Tidak ketinggalan, pengunjung turut membeli barangan eksklusif Suria seperti lanyard, pelekat, payung, kemeja-T Suria FM dengan harga promosi sebagai tanda sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam acara tersebut, pengunjung berpeluang bersarapan bersama barisan penyampai di Warung Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang, Klang, Selangor dari pukul 8 pagi hingga 10.00 pagi. Seterusnya, makan tengah hari di Dapur Che Lah, Shah Alam dari pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang pada Sabtu.

Kemudian pada Ahad, Morning-Morning Suria belanja makan warga Lembah Klang di Sate 7 Pagi, Seri Kembangan dari 8 pagi sehingga 10 pagi. Seterus merek singgah di Asam Pedas London, Selayang dari jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang untuk menikmati hidangan makan tengahari di sana bersama peminat.

“Terima kasih kepada semua penaja lokasi di atas kerjasama padu bagi merealisasikan Morning Morning Suria Belanja Makan Edisi Lembah Klang pada kali ini. Diharapkan, dengan kerjasama ini dapat memberikan impak yang baik sekaligus memperkenalkan restoran restoran tempatan kepada pendengar Suria FM," ujar DJ Lin.

Selain itu, jangan lepaskan peluang menangi sebahagian RM60,000 menerusi segmen Lagu Rosak Suria di Suria FM bermula 13 Mac hingga 24 Mac dengan hanya meneka nama penyanyi dan tajuk lagu dalam masa 10 saat.

Dengarkan klip lagu yang telah dirosakkan bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam menerusi segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Setelah mendengar isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, no. kad pengenalan, alamat e-mel juga tanda pagar #LaguRosakSuria ke talian WhatsApp 017 8961 053.

Wang tunai RM250 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya. Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau media sosial rasmi Suria FM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram