Dedikasikan Oscar buat ibu, Michelle Yeoh janji bawa anugerah pulang ke Malaysia


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Mac 2023

Keluarga Michelle bersorak ketika menonton secara langsung dari Kuala Lumpur.

MICHELLE telah menjalani kehidupan yang bersemangat sebagai seorang pelakon dan merupakan individu yang sangat rajin,” kata saudara kepada Tan Sri Michelle Yeoh, Kelvin Yeoh yang menganggap dirinya sebagai peminat No.1 pelakon tersebut.

“Kami berharap dia terus memberi inspirasi kepada orang ramai seperti mana dia telah memberi inspirasi kepada kami, dia memberi inspirasi bukan sahaja kepada orang Asia tetapi semua orang, di mana-mana," kata Vicki, seorang lagi ahli keluarga Michelle.

Vicki menambah bahawa pencapaian Michelle, 61 adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan.

Malaysian actress Michelle Yeoh poses with the Oscar for Best Actress in a Leading Role for

Michelle Yeoh memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95.

"Dia memenangi anugerah itu kerana dia seorang yang rajin. Anda boleh lihat cara dia bertarung dalam filem, cara dia beraksi, dia sangat cantik, berbakat dan juga bijak," tambah ibunya Datin Janet Yeoh.

Inilah kata-kata semangat yang diberikan oleh ahli keluarga selepas Michelle diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 pada Isnin.

Janet sangat gembira dan kedengaran tepukan gemuruh penonton apabila Michelle dinobat penerima anugerah berprestij itu dan sekali gus momen itu dirasai ibunya yang berada di Kuala Lumpur apabila dia kelihatan memeluk ahli keluarga di sekelilingnya.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan Michelle,” kata Janet.

Janet berkongsi kegembiraannya bersama ahli keluarga dan tetamu selebritinya pada pesta tontonan khas Anugerah Akademi ke-95 di Pawagam Dadi di Pavilion Kuala Lumpur (KL), yang dihoskan oleh keluarga Yeoh pada Isnin.

Seluruh dewan riuh gembira apabila bintang kelahiran Ipoh, Perak itu dalam ucapannya, Michelle mengucapkan terima kasih kepada ibunya, yang membuatkan Janet tersenyum bangga.

"Saya mendedikasikan anugerah ini kepada ibu saya, semua ibu di dunia kerana mereka benar-benar wira kita, dan tanpa mereka, tiada seorang pun daripada kita akan berada di sini malam ini, saya membawa ini pulang kepadanya, dia sedang menonton majlis ini di Malaysia, KL, bersama keluarga dan rakan-rakan. Saya sayang kamu semua, saya akan bawa pulang ini kepada kamu," kata Michelle.

Janet,84, yang menumpukan perhatian pada skrin sepanjang siaran kelihatan gembira setiap kali filem Everything Everywhere All at Once menerima anugerah. Filem tersebut memenangi sejumlah tujuh Oscar.

Selepas siaran itu, Michelle mengejutkan ibunya dengan membuat panggilan video untuk memaklumkan kemenangan itu. Semua ahli keluarga Michelle sangat gembira dengan kemenangan pelakon itu di Oscar.

Antara selebriti tempatan yang hadir bersama Janet menyaksikan detik bersejarah itu termasuk Amber Chia, Nasha Aziz, Sangeeta Krishnasamy dan Henley Hii.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, turut hadir pada majlis itu bagi menyampaikan “Anugerah Wanita Kasih Unggul” kepada Janet sempena Hari Wanita Antarabangsa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram