Siri Jelajah Suria makin meriah, ratusan ribu saksi acara di Kuantan


  • Hiburan
  • Selasa, 28 Feb 2023

Penyampai Suria FM bersama peminat yang hadir di Siri Jelajah Suria FM di Kuantan Mall City, Pahang.

LOKASI ketiga siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection telah diadakan di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang dengan kehadiran lebih 6,000 pengunjung minggu lalu.

Selain itu, jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu YouTube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia meraih 150,000 tontonan sepanjang acara berlangsung.

DSC09065

Barisan penyampai Suria FM yang hadir di Kuantan Mall City.

Konsert yang bermula seawal pukul 2 petang itu dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang.

DSC01396

Persembahan dimeriahkan dengan artis popular Ernie Zakri.

Konsert tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada barisan artis tempatan antaranya Ramlah Ram, Syamel, Ernie Zakri, Azan Scan, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Floor88, Xpose band dan Syameer Azmi.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), pihaknya berasa sangat teruja dan menzahirkan rasa syukur ke atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh pengunjung di Pantai Timur khususnya Kuantan dan lebih istimewa ialah kehadiran pendengar Suria FM itu terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Tambahnya, mereka turut terharu dengan kedatangan pengunjung yang tiba lebih awal untuk tidak melepaskan peluang duduk di barisan hadapan pentas dan ia menjadi pembakar semangat buat kami.

EHS09886

Pengunjung yang turut hadir memeriahkan konsert Siri Jelajah Suria.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga kerja Suria FM akan lebih berusaha untuk memberikan yang terbaik buat peminat di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya sebagai lokasi terakhir Jelajah Suria pada Sabtu ini.

Antara artis popular yang akan memeriahkan lagi siri jelajah Sabtu ini seperti Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz, Meer Nash, Iss Arffan, Aliff Iskandar, Aufahanie, Rief Danial dan Amir Hasan.

EHS09977

Salah seorang pengunjung yang berjaya bawa pulang motorsikal.

Pengunjung turut berpeluang untuk memenangi tawaran utama iaitu sebuah motosikal Modenas MR 3 yang bernilai lebih RM4,000 dengan hanya membeli "Barangan Eksklusif Suria " yang dijual di gerai Kedai Suria sepanjang konsert berlangsung dengan minimum pembelian sebanyak RM100.

Tidak lupa juga, jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dan memenangi wang tunai yang lumayan dengan menyertai cabutan bertuah serta sesi soal jawab bersama Anggun Cotton Collection dan AC Gas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram