Selepas 22 tahun, Westlife kembali rakam memori bersama peminat di Malaysia


  • Hiburan
  • Sabtu, 25 Feb 2023

Westlife sering menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah lokasi wajib pada setiap konsert jelajah mereka.

KEDENGARAN tepukan gemuruh peminat Westlife apabila empat anggota kumpulan tersebut berada di pentas.

Westlife The Wild Dreams Tour berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023.

NZ6_7934 (1)

Lebih dua dekad dalam industri, Westlife masih mempunyai tarikan tersendiri di hati peminat.

Penganjuran konsert yang dikendalikan Trumpet International nyata memukau halwa telinga ribuan penonton yang hadir pada malam itu. Bukan sahaja persembahan, malah peminat sangat berpuas hati dengan dengan penggunaan visual dan sistem audio yang baik.

Semangat yang ditunjukkan kumpulan artis dari Dublin, Ireland tersebut dapat dilihat melalui persembahan bertenaga sehingga berjaya memukau peminat dengan deretan lagu yang disampaikan selama hampir dua jam.

WhatsApp Image 2023-02-24 at 03.08.29 (1)

Westlife mengubati rindu peminat genre rock menerusi konsert pada Khamis. — Majoriti

Selepas single pertama meletup di pasaran menerusi lagu Swear It Again, Westlife yang dianggotai oleh Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily yang ketika ini berusia dalam lingkungan 40-an mempersembahkan gaya menakjubkan di hadapan lebih 8,000 peminat.

Hal ini membuktikan mereka masih popular dan terkenal dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Selain itu juga, Westlife turut menyampaikan lagu popular mereka seperti Uptown girl, I Lay My Love On You, Fool Again, If I Let You Go, My Love yang tentu sekali mengimbau kenangan peminatnya dan apa lagi selain sing along bersama mereka.

NZ9_4965

Persembahan Westlife antara yang dinantikan peminat tempatan setelah dua tahun negara dilanda pandemik.

Persembahan paling menarik apabila mereka turut menyanyikan lagu My Love dan Flying Without Wings dengan penuh perasaan, selain

Westlife turut berterima kasih kepada peminat di Malaysia kerana menjadi sebahagian daripada 'keluarga' serta menyokong kumpulan tersebut sejak mereka memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Fakta yang menarik mengenai kumpulan tersebut, Westlife pertama kali datang ke Malaysia pada tahun 1999 dan telah kembali pada tahun 2019 dan kini sekali lagi berkunjung ke ibu negara untuk bersama peminatnya.

"Sesuatu yang sangat hebat untuk kembali ke Malaysia, setiap kali kami mengelilingi dunia, sukar untuk kami membayangkan saat ketika kami masih muda dengan impian untuk menyatukan Westlife dan menjadi sebuah band yang berjaya, hampir 23 tahun kemudian kami akan datang ke negara yang jauh dari rumah seperti Malaysia, dan membuat persembahan selama dua malam," kata Egan kepada peminat.

NZ9_5624

Westlife tampil mempersona dan mendendangkan untaian lagu malar segar mereka antaranya Uptown girl, I Lay My Love On You, Fool Again dan If I Let You Go, My Love.

Ternyata sekali Westlife membuat persediaan rapi dan bertenaga untuk persembahan konsert itu terutama Filan dan Feehily yang melantunkan vokal untuk setiap lagu.

Lebih menarik apabila, kumpulan itu telah menukar pakaian sebanyak empat kali dengan mempersembahkan koreografi tarian yang bersemangat.

Persembahan mereka diakhiri dengan menyampaikan lagu You Raise Me Up dengan membuatkan Axiata Arena bergema dengan sorakan dan tepukan peminat setia mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram