Jatuh tingkat 14 bangunan di PJ, lelaki New Zealand rupanya gadai nyawa lari dari Imigresen


  • 112
  • Selasa, 21 Feb 2023

Mangsa dibawa menaiki ambulans dengan menggunakan pengusung sebaik sahaja diturunkan oleh bomba melalui tangga banguna.

SEORANG lelaki warganegara New Zealand mengalami kecederaan tangan kiri dan pinggul dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 Pusat Dagangan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Mahadir Sakdon dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 petang apabila dimaklumkan seorang lelaki terjatuh dari bangunan tersebut.

"Sebaik tiba di lokasi kami mendapati lelaki lingkungan 36 tahun itu terjatuh kerana dipercayai cuba melarikan diri selepas premisnya diserbu pihak penguatkuasa tempatan.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans untuk rawatan dan tindakan lanjut," katanya kepada Majoriti.

Pasukan bertindak membawa turun mangsa dengan menggunakan pengusung melalui tangga bangunan dan menyerahkan mangsa yang juga suspek Jabatan Imigresen Malaysia dengan menaiki ambulans untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian berkenaan seramai 11 bersama dua jentera dari BBP Damansara segera dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Operasi tamat sepenuhnya kira-kira 7.04 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram