'Rumah Terbalik' antara yang menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur


  • Hobi
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Kuala Lumpur menjanjikan tempat terbaik untuk dikunjungi buat pelancong tempatan dan luar negara.

PELBAGAI destinasi percutian di Kuala Lumpur (KL) yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk menerokai tempat-tempat yang menarik di Kuala Lumpur.

Walapun saiz geografi bandar Kuala Lumpur tidak seperti negeri-negeri lain, namun pilihan destinasi yang menarik akan membuat anda rambang mata untuk memilih tempat yang ingin dikunjungi.

Berikut Majoriti menyenaraikan beberapa tempat yang menarik dan sesuai untuk anak-anak anda:

1) Kuala Lumpur Upside Down House

WhatsApp Image 2023-02-23 at 20.00.11 (3)

Pemandangan dari luar Rumah Terbalik.

Salah satu tempat menarik di KL yang agak baharu terletak berdekatan dengan KL Tower iaitu Rumah Terbalik. Rumah terbalik tersebut menerapkan konsep rumah tradisional yang mana semuanya tunggang terbalik pasti memberikan anda satu pengalaman baru pasti menyeronokkan untuk anda habiskan masa bersama anak-anak.

Tarikan Rumah Terbalik amat popular di kebanyakan negeri seperti di Sabah, Penang dan Melaka. Bagi mereka yang tinggal berdekatan sekitar bandar KL, sudah pasti dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan untuk melihat sendiri suasana rumah terbalik itu.

Tambahan pula, Rumah Terbalik tersebut dikatakan tertinggi di Malaysia kerana ia dibina dengan struktur rumah dua tingkat. Antara yang menarik lagi ialah bukan sahaja dekorasi dalaman yang terbalik tetapi bahagian luar juga turut terbalik.

Tarikan Rumah Terbalik juga meriah dan lebih luas untuk pengunjung berswafoto dan mengambil gambar bersama keluarga atau rakan-rakan. Malah lokasinya sangat mudah didapati dengan hanya berjalan kaki daripada beberapa hotel popular di KL seperti Pacific Regency Hotel Suites, Oasia Suites Kuala Lumpur dan Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Terletak di Jalan Puncak Off Jalan P Ramlee, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dibuka pada setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad dan mula beroperasi pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang.

2) Museums Of Illusion

WhatsApp Image 2023-02-23 at 20.00.11 (1)

Galeri atau muzium 3D ini merupakan salah satu tarikan yang menawarkan mural ilusi.

Salah satu destinasi yang turut menarik di KL sememangnya mesra dengan kanak-kanak iaitu Museum of Illusion. Galeri atau muzium 3D itu merupakan salah satu tarikan dengan menawarkan mural ilusi sangat unik yang mana menghasilkan gambar menarik apabila dirakam dari sudut tertentu.

Seperti juga di kebanyakan muzium 3D di Kuala Lumpur atau di negeri lain, apa yang berbeza adalah mural ilusinya sahaja. Tetapi, terdapat sesuatu yang unik di muzium 3D tersebut iaitu Vortex Tunnel. Bahagian tersebut merupakan terowong yang apabila pengunjung masuk, akan merasakan keadaan sekeliling seolah-olah berputar 360 darjah walaupun pada hakikatnya, ianya hanyalah sebuah ilusi. Malah, kaki juga rasa sedikit gementar kerana bimbang tersilap langkah.

Memang benar, selepas masuk ke Vortex Tunnel ini, mata akan rasa sedikit berpinar dan pasti membuatkan anak-anak anda terasa tertanya-tanya dengan apa yang sedang berlaku. Satu destinasi riang ria bersama keluarga dan rakan-rakan yang sangat disyorkan untuk dilawati apabila bercuti di Kuala Lumpur nanti.

Lokasi di Ansa Hotel 1st & 2nd floor, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

3) Illusion 3D Art Museum

WhatsApp Image 2023-02-23 at 20.00.11

Muzium 3D ini juga menempatkan video animasi yang diadaptasikan dari video seperti National Geographic.

Muzium ilusi mural 3D ini merupakan yang pertama di dalam Kuala Lumpur dan terdapat 36 lukisan mural 3D yang pelbagai motif penceritaannya. Kesemua lukisan mural 3D ini ditempatkan di dalam 3 dean utama dan setiap satunya menggambarkan suasana serat kebudayaan yang unik yang ada dalam kemasyarakatan rakyat Malaysia.

Uniknya, muzium 3D ini juga menempatkan video animasi yang diadaptasikan dari video seperti National Geographic dan pengunjung boleh berinteraksi dengan subjek-subjek bergerak seperti dinasour, whale killer ataupun gajah untuk menghasilkan animasi yang sangat menarik. Jarang muzium 3D di Malaysia yang menawarkan tarikan futuristik sebegini.

Seperti juga muzium 3D lain di tempat lain seperti di Penang, Langkawi dan Melaka, destinasi sebegini sering menjadi tumpuan pelancong yang berkeluarga atau berkumpulan untuk bergambar dengan cara menarik & dengan gaya yang tersendiri. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Lumpur bersama anak-anak kecil pada waktu matahari terik dan inginkan destinasi percutian yang lebih teduh, bolehlah ke muzium tersebut untuk masa riang ria.

Destinasi bertempat di Lot 4 Second Floor, Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur. Beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.

4) Taman Tema Jurassica, The Gardens Midvalley

WhatsApp Image 2023-02-23 at 20.00.11 (2)

Kanak-kanak yang minat terhadap dinosaur wajib datang.

Terletak di dalam The Gardens Mall Midvalley, Jurassica merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terbaru di Kuala Lumpur. Destinasi taman tema menarik ini sangat sesuai untuk seisi keluarga terutamanya untuk kanak kanak iaitu mereka dapat bertemu dan belajar segalanya tentang dinosaurs.

Taman tema Jurassica menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang membenarkan pelancong berintekasi rapat dengan dinosaur, reptilia hidup dan juga mengharungi zipline yang amat menyeronokkan. Selain daripada ini, Jurassica juga menyediakan aktiviti Journey Back in Time, Climbing Wall, Design-a-Dino, Jurassic Gym dan banyak lagi.

Bertempat di Lingkaran Syed Putra, The Gardens Mall, 3rd Floor, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia dan beroperasi setiap hari isnin dan khamis pada pukul 11.00 pagi hingga 7.00 malam.

Namun pada hari jumaat dan ahad, beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

5) Kuala Lumpur City Gallery

WhatsApp Image 2023-02-23 at 20.00.11 (4)

KL City Gallery yang dihiasi dengan sejarah pembangunan ibu kota.

Jika anda pertama kali bercuti di bandar Kuala Lumpur, KL Citu Gallery adalah destinasi yang perlu dikunjungi.

Tarikan utama KL City Gallery ialah pengunjung dapat melihat galeri-galeri yang mempunyai banyak infografik tentang sejarah pembangunan Kuala Lumpur.

Lebih menarik, di KL City Gallery juga terdapat sebuah replika sebenar Bandaraya Kuala Lumpur pada skala yang lebih kecil. Replika yang memamparkan gambar sebenar ini dibina dengan sangat terperinci termasuk seni bina bangunan, bentuk jalan raya, landskap taman dan sebagainya.

Dengan melihat replika itu, secara tidak langsung anda akan mengetahui lokasi utama mercu tanda dalam KL.

Galeri tersebut tidaklah terlalu besar dan pengunjung hanya boleh habiskan masa sekitar 30-40 minit. Lokasinya juga sangat mudah untuk dicari dan berdekatan dengan Dataran Merdeka.

Lokasi tersebut berada di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 6.30 petang setiap hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram