Terkenang kampung, 5 halwa telinga dialek negeri buat ramai tersenyum


  • Hiburan
  • Selasa, 21 Feb 2023

Kumpulan pemuzik popular zaman 90-an.

MALAYSIA antara negara yang sangat kaya dengan keunikan budaya, pelbagai bahasa, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia antaranya Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain.

Penggunaan dialek turut dianggap sebagai satu keunikan di tanah air yang mana ia juga boleh menjadi identiti setiap negeri.

Tidak hanya digunakan dalam kehidupan seharian, dialek negeri juga diterapkan dalam filem atau drama.

Malah terdapat juga lagu yang turut menerapkan dialek negeri dalam karya mereka.

Berikut Majoriti senaraikan lagu yang menggunakan dialek negeri.

Apo Nak Dikato (Negeri Sembilan)

Apo nk dikato

Lirik lagu yang menggunakan dialek negeri.

Lagu Apo Nak Dikato dinyanyikan oleh Blues Gang merupakan kumpulan pemuzik dan penyanyi aktif yang terkenal di Malaysia, nama kumpulan ini dipetik dari nama penyanyi rock Amerika Syarikat, James Gang.

Kumpulan ini mengetengahkan irama 'blues dan rock' yang mana menggunakan dialek tempatan Negeri Sembilan.

Lagu tersebut mendapat satu juta tontonan di YouTube. Antara lagu yang pernah popular iaitu Bunyi Gitar, Lagu Tiga Kupang, Ibu dan sebagainya.

Bo La Duk Gewe (Kelantan)

kelantan

Wani Kayrie menyahut cabaran nyanyi dialek Kelantan.

Lagu Bo la duk gewe ini berasal dari negeri Kelantan yang bermaksud "sudah-sudahlah bercinta". Penyanyi asal lagu ini ialah Denmanjo dan pernah tular apabila dinyanyikan semula oleh Wani Kayrie terbitan Suria Records SRC.

Walaupun terdapat warga maya mengkritik sebutannya yang tidak fasih dalam loghat Kelantan, namun usaha penyanyi dari Sabah itu tetap dipuji oleh segelintir pengguna media sosial.

Menerusi lagu itu mendapat lima juta tontonan di YouTube.

Pesta Pulau Pinang (Pulau Pinang)

pulau pinang

Dialek utara yang digunakan dalam lirik lagu.

Kumpulan Crosstown merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi aktif di Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 1986.

Kumpulan Crosstown terdiri daripada anak jati Pulau Pinang. Vokal utama dalam kumpulan ini ialah Ramli dan Huzir Rizal serta beberapa ahli yang lain iaitu Izzam, Zainal, Ajan, Deen dan Nazri yang mana masing-masing mempunyai kelebihan dalam bermain alat muzik.

Lagu tersebut dibuat untuk mempromosikan keindahan Pulau Pinang agar menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong.

Antara lagu yang dihasilkan oleh Crosstown seperti Keraguan, Gembala Kerbau, Jejak-jejak dan sebagainya.

Anak Kampung (Sabah)

ANAK KAMPUNG

Lirik lagu dalam lagu Anak Kampung.

Lagu Anak Kampung mendapat perhatian kerana hasil kerjasama daripada One Nation Emcees dan Jimmy Palikat yang menggunakan dialek tempatan negeri Sabah.

Penggunaan dialek Sabah dalam lirik lagu itu menjadikan ia istimewa dan dekat dalam hati orang Sabah.

Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2012 dan kini masih berkumandang di corong radio serta kedai-kedai makan yang terdapat di Sabah.

Durian Dah Berbunga (Perak)

perak

Mr Os pernah mewarnai arena seni tempatan dengan tajuk Deghoyan Dah Berbunge.

Lagu Durian Dah Berbunga (Deghoyan Dah Berbunge) dinyanyikan oleh Mohd Yusof bin Abdul Hamid dalam filem Mr Os dengan menggunakan dialek negeri Perak.

Sebuah filem komedi Malaysia arahan A.R. Badul terbitan SV Productions Sdn Bhd pada tahun 1987 membariskan pelakon hebat antaranya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr Os), Ziela Jalil, Salih Yaacob dan ramai lagi.

Filem komedi itu menceritakan tentang pemuda miskin yang perlu menghabiskan wang peninggalan datuknya sebanyak RM1 juta dalam tempoh tujuh hari tujuh malam tanpa membeli harta atau rumah.

Mr Os merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara Malaysia, beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram