Lebih 8,000 pengunjung 'gempur' Siri Jelajah Suria di Kedah


  • Hiburan
  • Selasa, 21 Feb 2023

Penyampai Suria FM bersama peminat yang hadir di siri jelajah Suria FM di Aman Central, Alor Setar.

Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection telah diadakan di Aman Central, Alor Setar, Kedah baru-baru ini dengan kehadiran pengunjung yang amat menakjubkan.

Persembahan pembukaan Tari Jelapang daripada kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Kedah telah mencuri tumpuan lebih 8,000 pengunjung yang turut hadir memeriahkan konsert jelajah tersebut.

Konsert tersebut dimeriahkan lagi dengan barisan artis popular antaranya Exists, Kristal X, Ruffedge, Khai Bahar, Nabila Razali, Aishah, Syameer Azmi dan Aqeesh Aleeya.

Persembahan demi persembahan yang disajikan berjaya menghiburkan para pengunjung yang sempat hadir.

kristal

Persembahan daripada artis popular, Kristal X.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), pihaknya bersyukur atas sambutan yang luar biasa daripada peminat yang hadir sekali gus mencatatkan jumlah paling ramai sejak penganjuran siri Jelajah Suria 2023 tersebut.

Selain itu, jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu YouTube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 150,000 tontonton sepanjang acara berlangsung.

Tambahnya, terima kasih kepada semua peminat Suria FM di utara yang hadir untuk memeriahkan konsert Jelajah Suria yang berlangsung Ahad lalu.

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection bakal menggegarkan Kuantan City Mall, Pahang pada 25 Februari (Sabtu) dengan membariskan lebih 10 artis popular antaranya Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Zulhadi, Syameer Azmi, Afieq Shazwan,Haqiem Rusli, Amir Masdi, Azan Scan, Amad Fadlin, Talissya, Heedan Mohd, Rief Danial dan ramai lagi.

"Warga Kuantan dijemput hadir kerana banyak kejutan yang menanti anda semua di Jelajah Suria Anggun Cotton Collection," tambah DJ Lin.

kedah juga

Salah seorang pengunjung yang berjaya membawa pulang motorsikal.

Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti motosikal Modenas MR 3 dengan hanya perlu membeli "Barangan Eksklusif Suria" yang dijual di gerai Kedai Suria sepanjang konsert berlangsung dengan minimum pembelian sebanyak RM100.

Tidak lupa juga, pengunjung boleh memenangi wang tunai lebih RM10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Collection dan AC Gas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram