Selain kuning, ada juga hitam, ketahui 5 jenis teh dan khasiatnya.


  • Sihat
  • Sabtu, 25 Feb 2023

Antara jenis teh herba yang sesuai untuk diminum.

RAMAI yang tidak mengetahui bahawa teh herba mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Berbeza dengan teh kuning atau teh hitam, teh herba dikatakan pilihan yang jauh lebih baik.

Berikut Majoriti senaraikan antara jenis teh herba yang dipercayai sesuai untuk kesihatan.

chamomile

Teh herba Chamomile yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

1) Teh Herba Chamomile

Chamomile merupakan sejenis herba yang berasal daripada bunga dan akan diekstrak menjadi minyak atau teh yang boleh disapu dan diminum.

Kesan daripada teh herba tersebut dipercayai mampu memberi ketenangan dan selalu digunakan oleh individu yang mengalami masalah gangguan tidur atau gangguan mental.

Tambahan pula, herba Chamomile mempunyai sifat antibakteria, antiviral dan antiradang yang dipercayai boleh melindungi organ, terutamanya hati.

2) Teh Pudina

Antara minuman herba terkenal di dunia ialah teh pudina yang mana dihasilkan melalui proses pengestrakan daun pudina.

Minumam tersebut mampu merawat masalah seperti ketidakhadaman, senak perut, sakit perut, muntah dan pedih ulu hati.

Di samping itu, menurut kajian makmal dipercayai teh pudina mampu menenangkan usus atau perut yang mengalami masalah.

3) Teh halia

Melalui proses percampuran antara air teh biasa dengan halia yang akan menghasilkan teh halia.

Walaupun mempunyai aroma yang kuat, ia dipercayai mampu menyelesaikan masalah muntah dan mual yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Teh halia turut dikatakan mampu membantu merawat masalah berkaitan organ perut seperti sakit perut serta ulser perut.

echinacea

Teh herba Echniacea mampu menguatkan sistem imun tubuh badan.

4) Teh herba Echniacea

Sejenis herba yang berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi teh untuk diminum.

Herba tersebut mampu menguatkan sistem imun tubuh badan yang mampu melawan sebarang jangkitan atau penyakit.

Dipercayai bahawa pengambilannya mampu memendekkan tempoh jangkitan penyakit demam atau selesema biasa.

Selain itu, ia mampu melegakan sakit tekak serta hidung yang tersumbat dengan hingus.

5) Teh herba Rooibos

Herba yang berasal dari Afrika Selatan biasa dijadikan sebagai teh herba untuk diminum bagi menyihatkan tubuh badan.

Khasiat utama teh herba tersebut dipercayai sesuai untuk pertumbuhan, perkembangan dan ketumpatan tulang.

Selain itu, mampu membantu merawat masalah batu karang buah pinggang.

Namun begitu, tidak semestinya manfaat teh herba akan mendatangkan kesan yang sama, tetapi masih boleh untuk meminumnya sebagai ubatan alternatif. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram